Jaguar Land Rover bangunkan sistem elak lampu trafik merah

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover kini sedang membangunkan sebuah sistem penyuraian trafik di mana mereka mahu membantu para pemandu daripada terus tersangkut ketika lampu isyarat merah menyala, sekaligus mengurangkan kesesakan dan pencemaran alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


 


Teknologi Green Light Optimal Speed Advisory (GLOSA) ini mampu memberitahu pemandu kelajuan yang diperlukan untuk mengelakkan mereka tersangkut di persimpangan lampu isyarat di hadapan, dan menggunakan komunikasi vehicle-to-infratructure (V2I) yang mampu menghubungkan kereta dengan lampu isyarat trafik. 

GLOSA sedang diuji secara ekstensif pada F-Pace pada ketika ini, sebagai salah satu bahagian daripada pengujian pemanduan swapandu dan projek pemanduan terhubung. 
 


Menurut Autocar UK, JLR mensasarkan teknologi ini bakal direalisasikan dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang. 

"Dari segi teknikal, kami (JLR) sudah bersedia, namun infrastruktur masih memerlukan penambahbaikan untuk menjadikan sistem ini berfungsi sepenuhnya.

 


JLR tidak keseorangan di dalam hal ini, kerana syarikat Ford juga pernah terlibat sama di dalam projek membangunkan GLOSA pada Mondeo Hibrid pada tahun 2016, manakala Volvo juga dikhabarkan membangunkan sistem yang serupa namun tiada sebarang ujian masa nyata dikesan. 
 


Teknologi GLOSA ini bertujuan untuk mengurangkan masa yang dihabiskan oleh para pemandu ketika berada di dalam kesesakan lalu lintas, dan direka untuk bekerjasama dengan ciri seperti Intersection Collision Warning.

Intersection Collision Warning merupakan ciri keselamatan berbentuk amaran yang dikeluarkan ketika sistem komputer mengesan keadaan yang tidak selamat untuk melintas sesuatu persimpangan.