Jaguar hasilkan konsep Vision GT - untuk Gran Turismo Sport

oleh Mohamad Hanif|
Ini adalah Jaguar Vision Gran Turismo - sebuah model konsep yang tidak akan dihasilkan oleh Jaguar di dalam dunia nyata, sebaliknya ia bakal muncul di dalam permainan PlayStation 4 berjudul Gran Turismo Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jaguar Vision GT banyak mengambil inspirasi daripada ikon sukan permotoran Le Mans Jaguar tahun 1950-an - C-Type dan D-Type - seperti penggunaan windscreen yang hampir mengelilingi kabin, arca roda yang berlengkung serta rekaan badan coupe yang seksi. 

 


Aspek aerodinamik pula dikawal oleh spoiler belakang jenis pop-out yang muncul dari ruang di mana anda melihat lampu belakang kereta ini. 

Seperti kebanyakan kereta lumba, ruang kabin pula tampak ringkas dan terdedah, namun tetap mendatangkan beberapa elemen penting seperti meter tiga dimensi, stereng berbentuk segi empat, serta paparan peta hologram di bahagian tengah. 

 


Trenkuasa yang dimuatkan pada kereta lumba maya ini juga cukup mengkagumkan, di mana ia didatangkan dengan konfigurasi tiga motor elektrik yang mampu menjana 1,006 kuasa kuda dan 1,200 Nm daya kilas. 

Kuasa yang gila itu disalurkan kepada semua roda dan mampu mencapai pecutan sepantas 2 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum melebihi 322 km/j!

 


Buat anda yang mahu mendapatkan peluang pertama memandu Jaguar Vision GT ini, kemas kini permainan Gran Turismo Sport hanya akan diumumkan pada lewat November ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…