Jaguar F-Type 2020 - tiada transmisi manual, harga juga naik!

oleh Mohamad Hanif|

Pemilihan model bertransmisi manual memang sudah dijangkakan akan menurun saban tahun dan sebagai sebuah pengeluar kereta, mahu atau tidak mereka terpaksa mengambil jalan yang lebih selamat demi kelangsungan perniagaan. 

Begitu juga nasib yang bakal diterima oleh Jaguar F-Type 2020 apabila tiada lagi sebarang penawaran diberikan untuk model bertransmisi manual bagi F-Type V6 coupe dan convertible, hanya transmisi automatik dengan lapan nisbah kelajuan sahaja. 
 


Selain daripada ketiadaan model manual, Jaguar juga menaikkan sedikit harga jualan jualan bagi model F-Type tahun 2020, dimana model asas P300 menerima kenaikan harga sebanyak $880 (RM3,605) kepada $62,625 (RM257 ribu).

Manakala varian model yang lebih tinggi seperti P340, P380 R-Dynamic, F Type-R dan SVR masing-masing dinaikkan harga sebanyak $980 (RM4,015). 

 


Dalam masa yang sama, Jaguar juga memperkenalkan model edisi terhad Checkered Flag Limited Edition, dan seperti namanya F-Type ini menampilkan grafik checkered-flag pada bahagian kerusi balutan kulit dan sill pintu. 

Jaguar juga menambah trim aluminium gelap, headliner microsuede hitam, rim bersaiz 20 inci dan penawaran warna merah, putih atau kelabu untuk digandingkan dengan bumbung berwarna hitam. 
 


Pembeli boleh memilih untuk menggabungkan kit badan yang disebutkan diatas kepada model P300 dengan harga keseluruhan sebanyak $72,925 dan juga model P380 ($95,525).

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jaguar F-TYPE   Selain itu, Jaguar turut mengisytiharkan 24 June sebagai Hari Pemanduan Dunia (…