Jaguar bangunkan sistem amaran kenderaan AVAS mesra OKU penglihatan

oleh Mohamad Hanif|
Antara kerisauan yang sedang difikirkan oleh mereka yang prihatin terhadap golongan kurang upaya (terutama penglihatan) ialah ketiadaan isyarat bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keadaan ini dilihat akan menyukarkan mereka untuk mengagak jarak ketika sedang melintas jalan, apatah lagi bagi mereka yang sememangnya bergantung secara terus kepada kehadiran isyarat bunyi dari arah jalan raya. 

Untuk mengatasi masalah ini, Jaguar dengan bantuan Guide Dogs for the Blind telah membangunkan satu sistem amaran yang digelar Audible Vehicle Alert System (AVAS) pada crossover elektrik I-Pace.
 


Sistem ini akan menghasilkan bunyi dengan frekuensi khas daripada arah gril hadapan ketika sedang bergerak dalam kelajuan rendah di dalam bandar, seterusnya memberikan sedikit 'amaran' kepada para pejalan kaki. 

Isyarat bunyi yang terhasil juga telah diubahsuai untuk memberikan nada yang berbeza ketika kenderaan sedang bersedia untuk membelok di persimpangan dengan kadar kelajuan di bawah 20 km/j sahaja. 
 


Dalam membangunkan sistem amaran ini, Jaguar mengambil kira kadar kebisingan bunyi tayar yang terhasil dan juga daripada angin yang bertiup supaya isyarat yang terhasil tidak terjejas dan sampai ke sistem pendengaran pejalan kaki tadi. 

Sistem ini telah disahkan melepasi peraturan pelepasan bunyi di Eropah dengan kadar bunyi serendah 56 dB dan bakal diperkenalkan kepada umum seawal Julai 2019.
 


Sedikit perkara yang melucukan perihal projek ini, kerana Jaguar pada asalnya telah membangunkan sistem AVAS ini dengan bunyi lalai (default) yang menyerupai bunyi kapal angkasa dalam siri fiksyen sains di kaca TV.

Namun, ketika ujian dijalankan, para pejalan kaki lebih cenderung untuk melihat ke arah angkasa berbanding melihat ke arah jalan raya, menyebabkan para jurutera mengkaji semula isyarat bunyi yang terhasil di ruang tanpa gema (anechoic chamber) sehinggalah mendapat kombinasi bunyi yang terbaik untuk kegunaan jalan raya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…