Jaga-jaga Triumph, Norton Atlas 650 sudah bersedia!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Semua orang tahu yang Norton sudah kembali, terutama selepas ia mempamerkan model superbike V4 RR dengan enjin 1,200 cc.

Tetapi tidak semua sangka bahawa model ruji Norton ialah sepasang motosikal scrambler retro yang sangat cantik.

Norton Atlas menggunakan enjin 650 cc selinder kembar selari dengan kuasa maksimum 84 hp dan daya kilas 64 Nm.

 

 

Ia hadir dalam dua varian - Ranger yang lebih khusus untuk tunggangan di atas tanah dan Nomad yang lebih sesuai untuk jalan bertar.

Mungkin kerana itu Ranger mempunyai gerakan sistem gantungan yang lebih banyak - 200 mm berbanding dengan 150 mm untuk Nomad. 

Meneruskan lagi konsep offroad Ranger, ia dilengkapi dengan gril pelindung radiator, besi bash plate di bawah, skrin kecil dan fender hadapan berkonsep paruh.

 

 

Nomad pula mempunyai jarak roda seinci lebih pendek kerana sistem gantungan yang lebih rendah, membolehkan anda menunggang dengan lebih agresif.

Roda aloi berlidi Ranger ialah 19-inci hadapan dan 17-inci di belakang. Nomad juga sama kecuali roda hadapannya kecil seinci.

Walaupun Ranger itu lebih sesuai untuk offroad, kedua-dua varian menerima tayar dari jenis yang sama - Avon Trekrider. Mungkin jika anda hendak betul-betul berkelana offroad, tukarkan tayar ke tayar yang lebih agresif untuk tanah seperti Continental TKC80 atau Michelin Anakee 3 atau Pirelli Scorpion Trail 2.

 

 

Ia sudah mula ditempah di UK tetapi akan hanya diserahkan kepada pemiliknya seawal Mei 2019. US dan Australia akan menerimanya dalam tahun hadapan juga.

Malaysia mungkin perlu tunggu siapa akan jadi pengedar rasminya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…