Jadual vaksinasi untuk teksi, e-hailing dan p-hailing mula diproses

oleh HEZERI SAMSURI|
Jadual program vaksinasi bagi pemandu-pemandu di bawah perkhidmatan teksi, e-hailing dan juga p-hailing sedang dalam proses dan akan membabitkan lebih dari 50,000 individu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02


Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Kementerian Pengangkutan sudah menerima senarai nama-nama dari operator terbabit sejak pertengahan Jun dan kumpulan pertama akan membabitkan seramai 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang motosikal p-hailing.

Pasuka Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) akan menghubungi mereka semua untuk memberitahu jadual vaksinasi masing-masing.

Senarai tambahan yang melibatkan sejumlah 57,931 penunggang motosikal p-hailing juga telah dihantar ke CITF untuk pertimbangan.

Ka Siong mensasarkan lebih dari 300,000 pemandu pengangkutan awam termasuk p-hailing di Lembah Klang akan diberi vaksinasi secepat mungkin. - Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…