Acara lumba pantai Rollin Wheelz 2016 yang akan berlangsung pada 16 September depan di Pantai Balok, Kuantan semakin hampir.
Pihak penganjur telah pun mengeluarkan jadual aktiviti selama empat hari itu di laman web mereka. Di bawah ialah jadual tersebut.
Pusingan kelayakan bermula pada hari Khamis untuk kategori Skuter, dan pada Jumaat, pusingan kelayakan untuk kategori di bawah 250cc, di atas 250cc dan kategori terbuka.
Nyata bahagian skuter diberikan pengkhususan kerana mungkin lebih ramai yang berminat dalam aktegori tersebut. Kuantan sendiri mempunyai kelab-kelab dan mekanik-mekanik skuter drag yang terkenal, antaranya saudara Azlee Abdullah atau Botak dari Taman Guru, Kuantan. Skuter Suzuki V100 beliau memang popular dahulu di dalam scene drag skuter.
Untuk mereka yang mahu mengambil bahagian, sila lawati laman web Rollin Wheelz untuk mengisi borang permohonan.
Sekiranya anda mahukan informasi seperti tempahan bilik hotel, tempahan kawasan khemah atau mahu membuka gerai anda, hubungi nombor-nombor di bawah.
- Pemasaran dan Jualan: Razman Hamid (+6 013 260 3477)
- Pengurusan acara: Ahmad Azizi (+6 016 232 7343)
- Pendaftaran dan bantuan teknikal: Mac Mazrie (+6 012 300 1896)