Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS sempena CNY 2020

oleh Mohamad Hanif|
Berikutkan jangkaan peningkatan aliran trafik kepada 2 juta kenderaan setiap hari sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang, PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk rujukan rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan cadangan yang disarankan kepada para pengguna bagi mengelakkan kesesakan mengikut lokasi masing-masing:

  • Pelanggan dari Lembah Klang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan memasuki lebuhraya sebelum pukul 9 pagi.
  • Pelanggan ke Ipoh, Negeri Sembilan dan Melaka disarankan memulakan perjalan selepas jam 12 tengah hari.
  • Untuk pulang semula ke Kuala Lumpur, semua pelanggan lebuhraya perlu memasuki lebuhraya sebelum jam 9 pagi.

Cadangan di atas bertujuan untuk memastikan aliran trafik secara berperingkat begerak daripada semula lokasi ke Lembah Klang. 

PLUS juga turut menghentikan sementara operasi penyelenggaraan dan pembaikan bermula 22 Januari sehingga 2 Februari manakala kren dan trak tunda juga turut disediakan di lokasi yang strategik.

Kolaborasi bersama pihak berkuasa juga turut dipertingkatkan seperti Polis DiRaja Malaysia, bomba dan penyelamat, ambulans, Jabatan Pertahanan Awam, dan pasukan RELA bagi memastikan keselamatan pelanggann terutama pada waktu puncak perjalanan. 

Lebih banyak tandas awam tambahan dan tangki air bergerak akan disediakan di beberapa lokasi di lebuh raya, termasuk menyediakan 70 kiosk tambah nilai layan diri (mesin SSK) bagi menampung jumlah trafik yang meningkat. 

Pelanggan lebuh raya PLUS juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Aplikasi PLUS (boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store), Twitter PLUSTrafik, papantanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000.

Mereka juga disarankan supaya menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan sebelum memulakan perjalanan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "cadangan tersebut adalah…