Jadikan kerja penyelenggaraan fasiliti pengangkutan awam satu budaya - Anthony Loke

oleh Penyumbang Rencana|
Pihak berwajib perlu membudayakan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti pengangkutan awam bagi memastikan kemudahan itu sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu perlu diterapkan sepanjang masa dan menjadi sebahagian daripada norma kerja pihak berwajib setiap masa dan bukan hanya mengambil tindakan apabila sesuatu isu berhubung penyelenggaraan itu dibangkitkan.

“Jadi saya berharap kita dapat memastikan (sistem) penyelenggaraan yang lebih baik sepanjang masa. Ini sudah tentu saya rasa boleh dilaksanakan jika kita mempunyai program (berterusan) yang memastikan ada audit (dilakukan) sepanjang masa.

“Saya telah minta Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk hadir mesyuarat pasca-Kabinet di Kementerian Pengangkutan selepas ini. Difahamkan dua tahun mereka tidak dijemput ke mesyuarat ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-12 (MCEC 2022) di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu juga akan memberi fokus pada laporan berkala berhubung operasi kemudahan awam, pelanggan dan penyelenggaraan yang disediakan agensi terbabit setiap minggu.

“Saya nak pastikan bukan sahaja di kawasan tertentu yang penting, tetapi juga di semua stesen dan ini memerlukan usaha yang berterusan," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang…
Berita Domestik
Penutupan sementara itu akan bermula pada 6 hingga 8 September 2023 dari jam 9.30 malam hingga 5.30…
Informasi
  Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.…