Jadi sebahagian daripada keluarga Shell menerusi inisiatif 'Realisasi Impianmu Bersama Shell'

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia hari ini melancarkan insiatif Realisasi Impianmu Bersama Shell bertujuan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana (SME) memperluas jangkauan mereka menerusi penjualan produk di Shell Select.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi SME di Malaysia.

"Hasil positif daripada perkongsian lama dengan perniagaan SME tempatan telah memberikan inspirasi kepada kami untuk melancarkan Realisasi Impianmu Bersama Shell," ujar beliau lagi.

Shell selalu membuka pintunya dan memberikan peluang kepada perniagaan kecil sederhana (SME) untuk mempromosikan produk mereka di kedai Shell Select.

Mengambil contoh, Puan Zainon Salleh yang menjalankan perniagaan keropok di Pasir Puteh, Kelantan telah menerima penarafan Private Label Contract dengan Shell awal tahun ini, dan produk keropoknya kini boleh didapati di seluruh negara.

"Ketika awal perniagaan, cabaran utama adalah untuk memasarkan produk saya di kampung halaman, namun dengan pertolongan Shell, saya dapat melihat produk saya menjangkau lebih ramai pembeli di seluruh negara," jelas Zainon.

Menerusi insiatif terbaharu ini, Shell kini mencari rakan kongsi SME yang mampu membekalkan snek, konfeksionari, minuman tidak beralkohol, dan makanan yang sedia untuk dihidang, di mana Shell menggalakkan SME untuk mendaftarkan perniagaan dan berpeluang untuk meletakkan produk di bawah Kontrak Label Swasta Shell.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas di mana perniagaan mereka telah didaftarkan dan mempunyai nombor pendaftaran perniagaan sah.

Tiga SME yang layak akan menerima Kontrak Label Swasta Shell dengan penawaran kedai tetap di kedai Shell Select di seluruh negara.

Sementara 27 SME yang lain akan menerima peluang untuk mengiklankan produk mereka di peringkat nasional, wilayah atau lokasi spesifik yang diputuskan oleh Shell.

Individu atau pemilik SME yang berminat boleh mendaftarkan diri di www.shell.com.my/MalaysianDream bermula sekarang sehingga 11 September 2020.

Penyertaan akan dinilai mengikut kualiti produk, inovasi, dan kemampuan pengedaran perniagaan. Di samping itu, Shell mengajak rakyat Malaysia untuk memilih produk yang layak berada di rak Select di seluruh negara di laman web ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…