Jadi pemandu Uber dengan menyewa kereta Proton menerusi Quick Ride

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Quick Ride yang ditubuhkan oleh Kumpulan Cartrade dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) kini telah menjalinkan kerjasama dengan Uber bagi menawarkan kereta sewa jenama Proton kepada pemandu-pemandu Uber.

 

Quick Ride merupakan syarikat yang beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan kereta sewa iaitu Proton Saga dan Proton Persona kepada pemandu baharu atau sedia ada Uber.

 

Peluang menjadi pemandu “ride hailing” ini terbuka kepada orang ramai yang layak untuk memohon menjadi pemandu Uber menerusi Quick Ride. Berikut merupakan syarat-syarat untuk anda yang ingin memohon;

 

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Tiada rekod jenayah atau rekod bankrap
  • Tiada masalah mental

Peluang ini merupakan salah satu usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan yang menganggur , rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan dan juga sesiapa yang mahu menjana pendapatan sampingan.

 

Kadar sewa yang ditawarkan adalah RM45 (Proton Saga) dan RM55 (Proton Persona. Bagi memudahkan lagi pemandu-pemandu, Quick Ride turut menawarkan kos penyelenggaraan kenderaan sewa tersebuat secara percuma termasuklah kerosakan, cukai jalan dan insurans (kecuali tayar dan petrol).

 

Setiap kenderaan juga akan dilengkapi dengan kemudahan wifi secara percuma dan sebuah tablet yang boleh digunakan oleh penumpang bahagian belakang.

 

Setakat ini, Quick Ride menyasarkan 1,000 kenderaan untuk diagihkan kepada pemandu yang berminat sehingga awal tahun 2018. Menurut Quick Ride, mereka bakal menyediakan 10,000 lagi unit lagi kenderaan Proton dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

 

“Dengan kerjasama yang dijalinkan ini, pelanggan dapat menikmati kemudahan, keselesaan dan keselamatan ketika menjalankan perkhidmatan sebagai pemandu Uber dengan menggunakan kenderaan Proton. Saya percaya bahawa Proton Saga 1.3 Standard CVT dan Persona 1.6L Standard telah dilancarkan dengan spesifikasi yang baik dan juga menawarkan penjimatan bahan api” kata Ketua Pegawai Eksekutig Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

 

Kepada anda yang berminat untuk mendaftar, anda boleh layari lama web www.quickride.my