Jacob & Co. Bugatti Chiron Tourbillon - jam dengan replika enjin W16 yang berfungsi!

oleh Mohamad Hanif|
Pelbagai cara digunakan oleh sesetengah pembina jam tangan untuk menjadikan unit mereka sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain, dan tidak terkecuali Jacob & Co. menerusi model Bugatti Chiron Tourbillon ini.

Jam tangan kerjasama antara Bugatti dan Jacob & Co. ini membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada kereta hiper Bugatti Chiron yang berkuasa 1,500 hp itu, dan ia menampilkan binaan replika kecil enjin W16 yang mampu bergerak!

Anda boleh menikmati pergerakan setiap komponen yang terdapat di dalam 'enjin' kecil yang terletak kemas di sebalik kaca sapphire ini dengan hanya menekan butang fungsi di sebelah kanan.

 


Selain daripada itu, terdapat juga meter 'tangki bahan api' yang menunjukkan rizab bateri berjulat 60 jam itu.

Kesemua komponen ini dipasang kemas di dalam casis titanium hitam dan diakhiri dengan pemasangan tali jam getah dan buckle yang diperbuat daripada bahan titanium bagi memastikan jam ini kekal teguh di tangan si pemakai pada kelajuan yang tinggi.

Jam tangan ini terdiri daripada 578 unit komponen yang bergerak, dan Jacob & Co mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyiapkan arca seni ini.

 


Ini bukanlah kali pertama jam tangan bertemakan Bugatti diperlihatkan, ini kerana Bugatti sebelum ini telah memperlihatkan model Twin Turbo Furious dan Epic X Chrono.

Apa yang pasti, harga jualan jam tangan Bugatti Chiron Tourbillon ini memang khusus untuk golongan kluster kayangan, dengan tanda harga bernilai $280,000 (RM1,214,509.98).

Jadi, jika anda seorang pemilik Bugatti Chiron, jam tangan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Malah, susuk tubuh ini juga pernah beberapa kali turun ke Malaysia untuk memasang sendiri kit badan…
Gaya Hidup
Secara asasnya, ia merupakan model yang sama digunakan oleh angkasawan ketika melakukan ekspedisi…
Gaya Hidup
        View this post on Instagram                   Influenced by…