
Dengan enjin turbo diesel berprestasi tinggi, transmisi 8-kelajuan automatik dan sistem pacuan 4-roda dengan mod off-road, JAC T9 hadir bukan sekadar sebagai alternatif bajet ia adalah pesaing langsung kepada jenama Jepun yang telah lama menguasai segmen ini.
Kami telah uji pemanduan di Jalan Lama Gombak - Janda Baik. Manakala Hezeri telah uji pemanduan Off Road, boleh ke laman TikTok Careta.

Spesifikasi Enjin & Keupayaan
-
Enjin: 2.0L CTI High-Performance Turbo Diesel
-
Kuasa: 170 HP @ 3,600 rpm
-
Tork: 410 Nm @ 1,500 – 2,500 rpm
-
Transmisi: 8AT ZF
-
Sistem 4x4: Part-time dengan mod low-range & rear diff-lock
-
Kapasiti Tunda: 3,000 kg
Walaupun JAC T9 Grand-ES hanya menggunakan enjin 2.0L turbo diesel, pengalaman pemanduan kami di Careta membuktikan bahawa kuasanya cukup bertenaga untuk menggerakkan trak ini dengan lancar. Tiada sebarang kesan turbo lag yang dirasai pada permulaan, malah respon enjin pada RPM rendah sangat memuaskan dan responsif, tapi jika pemanduan off road perlu tukar ke mode pemanduan ECO, jika mode Normal atau Sport akan merasai pemanduan melambung-lambung.
Kelebihan utama JAC T9 Grand ES terletak pada nilai yang ditawarkan walaupun dijual pada harga sekitar RM120,000, trak ini hadir dengan spesifikasi premium yang setanding, malah mengatasi, kebanyakan model pesaing dalam segmen pertengahan dan asas. Ia memberikan pengguna ciri-ciri kelas atasan tanpa perlu membayar harga premium seperti jenama lain. Oleh itu mari kita bandingkan dengan pesaing trak pikap dari Jepun dan Amerika Syarikat:
|
Model |
Harga (RM) |
|---|---|
|
JAC T9 Grand-ES |
RM121,227.60 |
|
Isuzu D-Max 1.9L 4x4 Auto Premium |
RM137,649.20 |
|
Toyota Hilux Double Cab 2.4E Auto 4WD |
RM119,880.00 |
|
Mitsubishi Triton Auto GL |
RM116,980.00 |
|
Nissan Navara 2.5 SE Auto |
RM123,600.00 |
|
Ford Ranger XL Auto 4x4 |
RM115,888.00 |
Kenapa bayar lebih untuk Trak Pikap kalau boleh dapat spec premium?

Dimensi & Kebolehan Muatan

-
Panjang: 5,330 mm
-
Lebar: 1,965 mm
-
Tinggi: 1,920 mm
-
Jarak roda: 3,110 mm
-
Ruang kargo: 1,520 mm (P) × 1,590 mm (L) × 470 mm (T)
-
Berat kosong: 2,055 kg
-
Tangki minyak: 76 liter
Ciri Dalaman Premium
Walaupun berstatus trak pikap, kabin T9 ICE tampil mewah dengan pelbagai elemen keselesaan:
-
Paparan tengah 10.4” (CarPlay & Android Auto), kamera 360 sangat-sangat membantu untuk parking di petak parking Kuala Lumpur ini. Seperti biasa kereta dari China sangat memfokuskan kelebihan pada paparan infotaiment.

-
Panel instrumen digital 7”

-
Wireless charger 50W
-
Sistem pendingin dwi-zon dengan pendingin tengah
-
Tempat duduk balutan kulit dengan pelarasan kuasa dan fungsi pemanas
-
Ambient lighting dengan 64 warna
Teknologi & ADAS
Antara kelengkapan keselamatan dan bantuan pemanduan terkini yang ditawarkan pada JAC T9 Grand ES berbanding pesaing termasuk:
-
7 beg udara (termasuk airbag tengah dan tirai sisi)
-
Ciri ADAS Lanjutan:
-
AEB (brek kecemasan automatik)
-
FCW (amaran perlanggaran hadapan)
-
BSD, RCTA, LDW, LKA, ACC/IACC, ELK, LCA, TSR
-
Hill Descent Control (HDC)
-
Kamera 360°, TPMS, dan banyak lagi
-
Sistem keselamatan canggih yang ditawarkan pada JAC T9 Grand-ES termasuk ciri ADAS penuh selalunya tidak disediakan atau hanya ditawarkan secara terhad oleh pengeluar trak pikap Jepun dan Amerika. Untuk mendapatkan kelengkapan setanding, pengguna biasanya perlu memilih varian Full Spec atau High Spec yang harganya melebihi RM160,000. Namun dengan JAC T9 Grand-ES, semua ini tersedia pada harga RM120,000 sahaja satu nilai yang sukar ditandingi.
Sistem Suspensi & Tayar

-
Suspensi hadapan: Double wishbone independent
-
Suspensi belakang: Multi-link dengan leaf springs
-
Rim: 18 inci aloi dwi-tona
Sistem suspensi JAC T9 Grand-ES benar-benar mengejutkan kami ia menawarkan keselesaan luar jangka, terutama ketika dipandu di kawasan bandar dan di lebuh raya. Malah, kestabilannya ketika mengambil selekoh juga mengagumkan. Namun seperti kebanyakan trak pikap lain, anda masih akan terasa sedikit ‘melambung’ apabila melalui jalan beralun.

JAC T9 ICE mungkin jenama baharu di pasaran trak pikap tempatan, tetapi ia hadir dengan pakej yang amat lengkap dan kompetitif. Dengan spesifikasi lebih tinggi daripada pesaing Jepun dan Amerika Syarikat pada harga lebih rendah, T9 sangat berbaloi bagi mereka yang mahu:
-
Trak lasak dan moden untuk off-road & towing
-
Rekaan moden dan dalaman mewah
-
Ciri keselamatan tahap tinggi pada harga mampu milik

Pemilikan JAC T9 Grand-ES hadir dengan jaminan luar biasa yang memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya:
✅ Jaminan Enjin 8 Tahun Tanpa Had Jarak Perbatuan
(Berkuat kuasa untuk pemilik pertama sahaja)
✅ Jaminan Pengeluar 5 Tahun Tanpa Had Jarak Perbatuan
Sama ada digunakan untuk kegunaan harian, kerja berat atau off-road, anda dilindungi sepenuhnya dengan sokongan jaminan yang menyeluruh dari JAC. Menarik bukan?
Seperti biasa kami beri anggaran bayaran muka, insuran dan bulanan untuk rujukan.
|
Selling Price |
119,888.00 |
|
Road Tax |
439.60 |
|
Registration Fee |
300.00 |
|
HP Ownership Claim Fee |
50.00 |
|
Puspakom Inspection Fee |
500.00 |
|
No. Plate |
50.00 |
|
Price Without Insurance |
121,227.60 |
|
Estimated Insurance |
3,676.65 |
|
Est. On The Road Price With Insurance Premium |
124,904.25 |
|
Loan Amount 90% (Margin) |
112,400.00 |
|
Est. Down Payment |
12,504.25 |
|
Est. Monthly Repayment |
|
|
9 Tahun (108 bulan) |
RM 1,275.00 |
|
7 Tahun (84 bulan) |
RM 1,573.00 |
|
5 Tahun (60 bulan) |
RM 2,108.00 |
Ini adalah kiraan anggaran sahaja untuk pendaftaran peribadi. Jika untuk pendaftaran syarikat harga RM 121,227.60 dan pendaftaran komersial RM 121,067.60 tidak termasuk insuran. Untuk kiraan tepat anda boleh rujuk pengedar rasmi JAC T9 Grand ES.
Jika berminat tuan-tuan boleh berhubung pengedar sah JAC T9 Grand ES Malaysia:
Evolelectric Motor Sdn Bhd
Lot 8236, Jalan 222, Seksyen 51-A, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 0379317531, 7931, 7231
Laman Website: www.evolelectricmotors.com