JAC Hantu 2023 - Trak pikap bukan entiti, 2 pilihan enjin, bakal rasmi di Auto Shanghai 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anhui Jianghuai Automobile Group Corp Ltd (JAC), jenama automotif daripada China bakal memperkenalkan satu lagi model ke barisan trak pikap mereka, iaitu JAC Hantu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, anda tidak salah baca, trak pikap dengan nama Hantu akan dilancarkan secara rasmi di Auto Shanghai 2023, dimana ia menggunakan seni bina platform baharu untuk trak pikap berbadan lebar bersaiz sederhana hingga besar.

 

2

 

Trak pikap itu menampilkan reka bentuk fascia hadapan gaya tripod China, dan bahagian dalamannya yang mendapat inspirasi daripada seni bina Kota Larangan China.

Dari segi kuasa, Hantu akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin Blue Whale 2.0L TGDI petrol dipadankan dengan transmisi automatik yang menghasilkan 228 HP dan 380 Nm.

 

2

 

Manakala pilihan kedua ialah enjin 2.0L CTI diesel baharu dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF yang menghasilkan kuasa sehingga 168 HP dan 410 Nm.

Trak pikap itu juga dilengkapi dengan panel instrumen LCD pintar 7 inci, skrin sentuh pintar 10.4 inci, sistem ESP (Program Kestabilan Elektronik) terbaru Bosch, sistem 4WD separuh masa kawalan elektronik BorgWarner, sistem J-Link 3.0, dan Pengecasan tanpa wayar ultra-pantas 50W.

 

3

 

JAC Hantu 2023 bakal diperkenalkan secara rasmi melalui acara pameran Auto Shanghai 2023 yang akan diadakan bertempat di National (Shanghai) Exhibition and Convention Center (NECC) pada 18 hingga 27 April ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan angka penghasilan dan jualan yang semakin meningkat saban tahun, pasaran China merupakan…
Berita Global
JAC merupakan jenama yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan kerjasama diantara syarikat SEAT dan…
Berita Global
Semenjak Januari 2022, kereta jenama China mempunyai 9.6 % bahagian dalam pasaran Rusia. Angka…