Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Kerajaan mungkin perkenal mekanisme subsidi minyak bersasar

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan masih dalam peringkat merangka struktur bersesuaian yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.


"Mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu. Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40.

 

"Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan,” katanya dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV pada Selasa.

 

Menjelaskan selanjutnya, Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.

 

Malah, katanya, kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lepas.

 

"Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap bajet. Apabila kita merangka Bajet 2022 pada tahun lepas, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ianya sekitar RM30 bilion yang merupakan kenaikan jumlah subsidi sebanyak enam kali ganda,” katanya.
 

 

Beliau berkata subsidi minyak itu merangkumi empat elemen iaitu RON95, diesel, gas asli cecair dan minyak masak.

 

Mustapa menjelaskan, kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021 -- melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.

 

"Kita percaya ini satu cabaran dalam usaha untuk melangkah ke hadapan. Impak itu terutamanya terhadap harga. Kita belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.

 

"Pada masa sama, kita juga perlu lebih realistik kerana ini merupakan satu tempoh yang amat mencabar dan terdapat keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan tersebut dan kerajaan akan bertindak sewajarnya,” katanya.

 

 

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai…
Berita Domestik
"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…