Jabatan Perdana Menteri - Ada kekeliruan dalam pelaksanaan undang-undang kompaun RM10,000

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan memberi jaminan isu kompaun maksimum yang dikenakan terhadap kesalahan ketidakpatuhan atau ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diselesaikan dalam masa terdekat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darurat Covid-19 hari ini, pihaknya akan memperincikan senarai kesalahan dan jumlah maksimum kompaun membabitkan kesalahan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ada sedikit kekeliruan dalam pelaksanaan undang-undang ini. Ordinan ini akan kekal dengan kompaun maksimum RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat dan perbadanan tapi kerajaan bagi jaminan bahawa kita akan selesaikan isu berkaitan pelaksanaannya.

 

"Kita akan mesyuarat pada pagi esok, saya sebagai pengerusi bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, (Tan Sri Mohammad Zuki Ali) sudah bercakap tadi bahawa kita akan membincangkan serta senaraikan jenis kesalahan serta berapa jumlah kompaun maksimum yang boleh dikenakan," katanya selepas menghadiri Program Lawatan Kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, semalam.

 

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

 

Takiyuddin berkata, peraturan berkenaan terpaksa dilakukan berikutan peningkatan jumlah ketidakpatuhan orang ramai terhadap peraturan PKP.

 

"Pertama, saya nak jelaskan bahawa ini adalah peruntukan yang terdapat dalam ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong serta diwartakan pada 25 Februari lalu berkaitan dengan Seksyen 25 dalam Akta 342 yang mana sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan dan orang yang diberi kuasa boleh memberi kompaun tidak melebihi RM1,000.

 

"Namun, memandangkan tahap keingkaran semakin meningkat menyebabkan kerajaan membuat keputusan meningkatkan jumlah kompaun itu kepada RM10,000.

 

"Dalam hal ini, bukan bererti seseorang itu akan dikompaun RM10,000 tetapi boleh dikompaun tidak melebihi RM10,000 bergantung kepada tahap kesalahan, jadi sekiranya kesalahan kecil umpamanya tidak pakai pelitup muka atau tidak mengimbas kod MySejahtera bukanlah kesalahan yang boleh dikompaun RM10,000 kerana ada banyak lagi kesalahan lain yang lebih besar," katanya.

 

Takiyuddin berkata, orang ramai yang dikenakan kompaun boleh memilih sama ada mahu membayar atau membuat rayuan di mahkamah.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau turut berkata bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan bahawa terdapat 10 sub…
Berita Domestik
  "Ordinan itu menyebut tidak melebihi RM10,000. Ia boleh jadi RM100 atau RM1,000, bergantung…