Jabatan Kastam Diraja Malaysia tuntut RM180.1 juta dari anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd

oleh SALINA JALIL|
Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA), anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menerima bil tuntutan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjumlah sehingga RM180.1 juta.


Bil tuntutan itu adalah bagi duti eksais untuk tempoh bermula 1 November 2016 hingga 31 Oktober 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Namun begitu, TCMA tidak mengakui sebarang liabiliti terhadap tuntutan yang dibuat JKDM itu dan akan mengambil langkah sewajarnya setelah mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

 

"Syarikat akan memaklumkan segala perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

 

TCMA mula beroperasi pada 1976 dengan kilang pemasangan pertamanya di Segambut, Kuala Lumpur dan kemudian satu lagi kilang dibina di Serendah, Selangor pada 2007.

 

Dengan beroperasi lebih 40 tahun, TCMA mengeluarkan lebih satu juta kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan penumpang dan komersial seperti Nissan, Renault, Subaru, Mitsubishi, UD Trucks, Foton dan trak Bison.

 

Saham TCMH di Bursa Malaysia ditutup 1.89 peratus atau dua sen lebih tinggi kepada RM1.08.

 

 

 

sumber:theedgemarkets

Berita Berkenaan

Uncategorized
Menurut Ketua Pengarah Kewangan, Daniel Ho berkata, pihaknya kini sedang meneliti kawasan seluas…