Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak sita 42 kenderaan mewah bernilai RM6.4 juta!

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 42 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai RM6.4 juta yang belum dilunaskan cukai disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, hari ini.

Semua kenderaan itu yang disorok di kawasan parkir rumah ibadat di sini, disita dalam serbuan jam 11.30 pagi. Seorang individu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Nilai cukai kenderaan import itu dianggarkan RM10.2 juta.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Taha, berkata kegiatan itu dikesan di sebuah gudang berlesen Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

 

Modus operandi syarikat itu adalah menyimpan dan menyembunyikan kereta mewah di kawasan parkir rumah ibadat sebagai stor simpanan dengan sewaan RM5,000 sebulan.

 

“Kereta itu diparkir di dalam premis rumah ibadat yang menjadi pusat pameran operasi jualan syarikat terbabit bagi mengelirukan pihak berkuasa.

 

“Pemeriksaan mendapati semua kereta mewah itu belum dibayar cukai dan melanggar Seksyen 75 Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

 

 

Sharifah Halimah berkata, syarikat terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk menentusahkan kenderaan berkenaan sudah dijelaskan cukainya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 75 Akta Kastam 1967 kerana memindah barangan berduti daripada kawalan kastam tanpa kebenaran dan kelulusan.

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Gabungan Persatuan Syarikat Permotoran dan Kredit Malaysia (FMCCAM) juga akan meminta kerajaan…
Informasi
Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6…