Jabatan Kastam Diraja Malaysia gagalkan cubaan seludup basikal elektrik (e-bike)

oleh SALINA JALIL|
Penjualan basikal elektrik atau e-bike menjadi satu kesalahan sekiranya produk itu tidak mempunyai permit kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Penggunaan basikal elektrik di jalan raya menyebabkan ia memerlukan kelulusan pengimportan daripada badan yang mengawalnya sebelum dibenarkan masuk ke dalam negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Johari Alifiah, berkata perdagangan basikal elektrik diklasifikasikan sebagai dagangan terlarang mengikut Butiran 7, Jadual Kedua/Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

 

"Perkara utama adalah kemasukan basikal elektrik ke Malaysia memerlukan permit dan kelulusan daripada MITI.

 

"Apabila ada permit barulah barangan itu boleh dijual," katanya dalam sidang media di Kelana Jaya, semalam.

 

Ditanya sama ada menjadi kesalahan sekiranya orang ramai membeli dan memiliki basikal elektrik, Johari menjelaskan ia turut bergantung kepada kelulusan yang dikeluarkan MITI.

 

"Di mana basikal ini digunakan... sudah tentu di atas jalan raya, jadi kena dapatkan kelulusan daripada agensi yang mengawal," katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Johari berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut mematahkan cubaan menyeludup basikal elektrik dengan merampas sebuah kontena di Pelaburan Barat, Pelabuhan Klang, Jumaat lalu.

 

"Hasil pemeriksaan mendapati basikal elektrik itu dianggarkan berjumlah 75 unit dengan nilai keseluruhan sekitar RM112,500 serta cukai RM45,000.

 

"Siasatan dilakukan bagi mengesan pengimport dan ejen kastam yang terbabit dalam cubaan menyeludup basikal elektrik ini," katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

 

 

 

sumber:BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Gabungan Persatuan Syarikat Permotoran dan Kredit Malaysia (FMCCAM) juga akan meminta kerajaan…
Informasi
Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6…