IVECO Daily 4x4 Tigrotto bawa gaya 50-an, enjin 3.0 diesel 180 hp

oleh Muhammad Md Tajudin|
IVECO Daily 4x4 Tigrotto
IVECO Daily 4x4 Tigrotto
Sangat jarang atau hampir tiada pengeluar yang menawarkan kenderaan komersial seperti IVECO Daily 4x4 Tigrotto ini.

Ada pengeluar yang tampil dengan projek van berprestasi namun sebagai projek one-off. 

Tergolong dalam kelompok 'rare' ialah Ford Transit Custom MS-RT yang ditawarkan kepada umum dan terbaru dari IVECO ini.

Daily 4x4 Tigrotto pertama kali dipertontonkan di pameran IAA 2022 di Hannover, Jerman dan dilancarkan hanya dalam model pemanduan kiri (LHD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
IVECO Daily 4x4 Tigrotto LHD

 

Susulan reaksi positif, IVECO mengambil keputusan untuk menawarkannya di dalam versi pemanduan kanan (RHD).

Edisi istimewa ini diubah suai dari IVECO Daily 4x4 bagi meraikan model asal OM Tigrotto tahun 1957. Sepanjang 15 tahun pengeluarannya pelbagai variasi dikeluarkan.

Tigrotto baharu pula boleh dipesan dalam badan chassis cab dan spesifikasi jalan raya atau off-road.

Kesemua varian menggunakan enjin 3.0 liter diesel berkuasa 180 kuasa kuda (hp) dan dipadan bersama transmisi automatik lapan kelajuan HI-MATIC .

 

IVECO Daily 4x4 Tigrotto LHD

 

Tigrotto Daily 7.2 tan tersedia dalam beban muatan sehingga 4,165 kg dan panjang badan sehingga 4,450 meter. 

Menggunakan pacuan semua roda, lori ini dilengkapi tiga pengunci pembeza dan kotak gear nisbah rendah untuk memaksimumkan cengkaman.

Menambah kekuatan komponen mekanikal tersebut ialah Program Penstabilan Elektronik (ESP) yang membantu mencegah gelinciran roda.

Jarak kelegaan bumi yang dinaikkan dan bersama sudut depan (approach) dan belakang (departure) menambah keupayaan dan lagak Tigrotto di laluan off-road.

 

IVECO Daily 4x4 Tigrotto LHD
IVECO Daily 4x4 Tigrotto LHD

 

Di dalam bahasa Itali, tigrotto bermaksud anak harimau dan gayaan klasik lori ini diserlahkan dengan warna dan corak dua tona ala model asal 50-an.

Turut menyerlah logo klasik Tigrotto, rim ala retro, plat kelincir dan lampu sorot bentuk bulat di depan gril dan di atas bumbung.

Bahagian dalam turut diberi perhatian dengan warna dua tona gaya vintaj dan logo Tigrotto selain pelapik lantai istimewa untuk model ini. 

Geram? Memang geram!

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: IVECO

 

IVECO Daily 4x4 Tigrotto