Italjet Dragster 2022 - harga jualan dari RM29,500

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, pasaran Malaysia diserikan dengan kehadiran skuter dengan rupa paras yang agak agresif, iaitu Italjet Dragster 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh didapati dalam dua sesaran enjin yang berbeza, harga jualan Italjet Dragster 125 bermula dari RM29,500 sementara Dragster 200 pula bermula dari RM34,800 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
 

Italjet


Berdasarkan spesifikasi, Italjet Dragster 125 hadir dengan enjin 124 cc berkuasa 9.2 hp dan daya kilas 10.5 Nm, yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Sementara Dragster 200 pula dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 181 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 17.2 hp dan 15.5 Nm, di mana kedua-dua enjin patuh piawaian emisi Euro 5.
 

italjet


Antara ciri menarik yang ada pada Italjet Dragster ini adalah sistem ISS (independent steering system) yang unik, di mana ia mengasingkan komponen stereng dan suspensi yang membenarkan pengendalian yang lebih baik di dalam bandar.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera 200 mm depan, cakera 190 mm di belakang, angkup brek Brembo dan tidak ketinggalan sistem ABS dua saluran secara standard.

Italjet Dragster 2022 turut hadir dengan tangki bahan api sebesar 9 liter, serta sistem pencahayaan LED dengan tahap kecerahan 80,000 lumens.