Itali tawar subsidi sehingga RM28k untuk pembeli EV baharu

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi perancangan terbaharu, kerajaan Itali dilaporkan mahu menawarkan subsidi bernilai sehingga €6,000 (RM27,681) untuk setiap pembelian kenderaan elektrik.

Laporan Reuters menyebut, kerajaan tersebut telah memperuntukkan sejumlah €8.7 bilion (RM40.12 bilion) sehingga 2030, termasuk €700 juta (RM3.2 bilion) sepanjang tahun 2022 bagi menggalakkan pembelian EV di kalangan pengguna baharu.

Untuk melayakkan pembeli mendapat subsidi tersebut, EV yang dibeli perlulah berharga kurang dari €35,000 (RM161,406), dan €2,000 (RM9,223) daripada jumlah subsidi untuk kos pelupusan kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Subsidi juga turut ditawarkan kepada pembeli kenderaan jenis hibrid elektrik.

Namun begitu, kereta hibrid dengan harga sehingga €45,000 (RM207,522) boleh mendapatkan subsidi sehingga €2,500 (RM11,529).

Pelan tersebut turut merangkumi instentif sebanyak €1,250 (RM5,765) bagi kenderaan-kenderaan bertaraf Euro 6 dengan syarat kereta lama perlulah dilupuskan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Roda yang tertanggal dan berasap itu kemudianya jatuh dan melantun di kawasan berumput di…
Berita Global
Selepas empat tahun berdiam diri, Ducati kembali menganjurkan acara globalnya, World Ducati Week (…
Berita Global
  Semasa menyeberangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah menyebabkan kaptennya…