Italdesign perlihat gambar teaser DeLorean DMC-12 versi moden!

oleh Mohamad Hanif|
DeLorean DMC-12 merupakan antara kereta sports dengan rekaan yang sporti, enjin yang lemau, akan tetapi popularitinya tetap diingati oleh peminat disebabkan filem Back To The Future.

Tahun lalu, kami telah memaparkan berita di mana pihak DeLorean Motor Company dilihat berminat untuk menghidupkan semula kereta sports era 80-an itu di dunia moden.

Hal tersebut nampaknya bakal menjadi satu realiti apabila syarikat rekaan terkenal, Italdesign telah menyiarkan gambar teaser rekaan ikonik itu dengan logo DMC terpampang di bahagian hadapan, serta bukaan pintu gullwing.

 


Gambar teaser tersebut dipamerkan bersama-sama model produksi pertama DeLorean DMC-12 yang keluar dari barisan produksi pada tahun 1981 dengan kapsyen berbunyi, “What a better way to celebrate an icon of automotive history than a sneak peek at the (near) future? Stay tuned for more…”

Namun sayangnya, tidak banyak informasi yang boleh dikorek pada masa ini, selain daripada sesuatu yang bakal hadir dari Italdesign sebagai meraikan sambutan ulang tahun yang ke-40 model DMC-12 itu.

Sama-sama kita nantikan informasi selanjutnya dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
  Enjin 4.7 liter V8 pada Boomerang berkuasa 317 hp dengan kelajuan hampir 300 km/j. Boomerang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…