Italdesign Capsula (1982) - konsep satu casis dengan rekaan badan yang pelbagai

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, konsep platform modular ini bukanlah perkara baharu di dalam industri automotif seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan para pengeluar masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan beberapa konsep dan model yang pernah terjual di pasaran dunia satu ketika dahulu, konsep modular ini sangat terhad aplikasinya kepada kegunaan dunia sebenar, dan ia tidak begitu praktikal. 

Italdesign yang terkenal dengan kepakaran mereka menghasilkan reka bentuk kenderaan yang mengkagumkan itu dilihat cuba untuk memperkembangkan lagi konsep modular ini menjadi sesuatu yang lebih meluas kegunaannya dan dalam masa yang sama, mampu ditukarkan daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.

Konsep ini digelar Capsula.

 


Capsula diperkenalkan pada tahun 1982, mempunyai rekaan yang terdiri daripada dua bahagian; casis dan badan, yang mana ia adalah serupa dengan konsep pembinaan kebanyakan trak pikap dan bas. 

Untuk asas kepada Capsula ini, Italdesign telah mereka sebuah casis atau sistem modul asas yang kukuh dan diinspirasikan daripada binaan casis bas.

Pembinaan casis ini turut merangkumi aspek teknikal seperti enjin 1,490 cc flat-four berkuasa 104 hp, sistem elektrik, bahan api, sistem pengendalian, bumper serta kerja-kerja badan asas bagi memuatkan sistem gantungan dan tayar. 
 


Aspek yang paling penting ialah sistem pendakap pemasangan (mounting) oleh kerana Italdesign mahukan sebuah casis yang boleh memuatkan dan menampung beban pelbagai jenis reka bentuk badan seperti kereta penumpang, kenderaan komersil, ambulans sehinggalah kepada trak penunda kenderaan. 

Namun begitu, ia hanya hidup sebagai sebuah konsep yang sangat cool dari tahun 1982 dan tidak pernah direalisasikan oleh Italdesign. 
 


Mungkin idea ini dilihat suatu yang agak mustahil pada zaman dahulu, namun, apa yang pasti konsep Capsula ini memberikan cetusan idea kepada bagaimana sesebuah pengeluar mampu menginovasikan rekaan sesebuah platform kepada beberapa jenis kenderaan masa kini. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
  Enjin 4.7 liter V8 pada Boomerang berkuasa 317 hp dengan kelajuan hampir 300 km/j. Boomerang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…