Ital Auto Malaysia kini dilantik sebagai pengimport Ferrari

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ferrari S.p.A hari ini telah dilantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengimport rasmi Ferrari di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ital Auto Malaysia merupakan anak syarikat kepada Ital Auto Pte Ltd, yang juga merupakan pengimport rasmi Ferrari di Singapura.

Ital Auto Pte Ltd merupakan anak syarikat Komoco Holdings Pte Ltd, kumpulan automotif serantau yang berpangkalan di Singapura merangkumi Ital Automotive, pengedar Ferrari di Shanghai, China.

Komoco Holdings merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat yang memfokuskan gaya hidup mewah, hospitaliti runcit dan perniagaan F&B lebih luas secara global.

Ital Auto Malaysia Sdn Bhd dan Naza Italia Sdn Bhd telah melaksanakan pemindahan aset berkaitan francais Ferrari, termasuk mengambil alih tempahan sedia ada untuk model Ferrari.

 

2

 

Seluruh pasukan operasi Ferrari Malaysia dari Naza Italia juga telah dipindahkan ke Ital Auto Malaysia bagi memastikan kesinambungan untuk pelanggan serta permulaan baharu yang lancar.

Fasiliti servis sementara juga sedang dibangunkan oleh Ital Auto di Glenmarie, dimana ia bakal beroperasi menyediakan khidmat servis selepas jualan menjelang Jun 2023.

Ia turut diikuti oleh bilik pameran sementara yang terletak di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, yang dijangka siap menjelang Ogos 2023.

Di bawah Ital Auto Malaysia juga, pusat 3S Ferrari baharu bakal dibuka untuk pelanggan Ferrari di Malaysia menjelang suku pertama tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…
Pelancaran
Ferrari Roma Spider dilancarkan sebagai pengganti kepada model Portofino M, sekaligus menjadi model…