Trak istimewa ini bukan sahaja mempunyai roda dan tayar yang lebih besar dan lebar, ia juga menggunakan sistem gantungan Bilstein yang lebih tinggi (50 mm lift) dan kit badan lebar untuk "melindungi" tayar-tayar 35-inci itu.
Antara aksesori menarik yang dipasang ialah dapur ARB yang pernah Careta paparkan dalam video di TikTok Careta dan juga khemah iKamper Skycamp 3.0 yang dipasang pada rak ARB di dalam kabin belakang hitam aluminium Gearmate.
Khemah bumbung itu cukup untuk empat orang penghuni dengan selesa. Selain dari itu, bahagian dalam kabin itu turut dipasang dengan sistem laci ARB Outback Solutions dan peti sejuk ARB.
D-Max AT35 dibina oleh Arctic Trucks dari Iceland, sebuah syarikat yang khusus dalam pembinaan jentera offroad khusus untuk laluan ke khutub utara atau selatan.
Untuk unit Basecamp ini, Isuzu UK menambah lampu limpah LED, tangki LPG, "recovery board" dan tong-tong air/bahan api.
D-Max Arctic Trucks AT35 boleh dibeli di UK pada harga bermula dari £47,999 (RM263,200). Oleh kerana ia adalah kenderaan UK (panduan sebelah kanan), anda sebenarnya boleh membelinya dari pengimport AP tempatan untuk digunakan di jalanraya Malaysia.
Ada berani?