Isuzu Technical School komited sediakan tenaga pakar penuhi keperluan industri

oleh Mohamad Hanif|
Kolaborasi antara Isuzu Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting menerusi majlis Istiadat Konvokesyen Ketiga para pelajar daripada Isuzu Technical School (ITS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

ITS ditubuhkan bagi membangunkan skill dan tenaga kerja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pasaran semasa, terutama di dalam operasi khidmat selepas jualan Isuzu Malaysia.


Menurut CEO Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata peranan ITS akan lebih mengukuhkan komitmen Isuzu dalam memberikan khidmat selepas jualan yang cemerlang kepada para pelanggan.

"Para graduan ITS kini menjadi rebutan disebabkan oleh pendedahan yang lebih terhadap teknologi terkini, dan terlatih untuk memenuhi keperluan industri masa kini," tambah beliau.
 

Pelajar terbaik keseluruhan, Lo Coln Prescott bergambar bersama ibu bapanya.


ITS kini menawarkan kursus latihan Service dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia tahap kedua (SKM II) selama lapan bulan.

Menurut ketua Training and Skills Development (TSD) Isuzu Malaysia, Andrew Devadas, kursus yang ditawarkan adalah terdiri daripada kombinasi kelas teori, praktikal dan juga fasa latihan industri di pusat servis yang dilantik oleh Isuzu Malaysia.

"Silibus yang diajar dibangunkan sepenuhnya oleh TSD serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JPK untuk menerapkan atitud yang positif, aptitud ketika bekerja di samping menekankan pengetahuan teknikal, teori, dan prinsip automotif," tambah beliau lagi.
 


Isuzu Malaysia kini lebih komited untuk melabur menerusi ITS demi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan pakar serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan di dalam industri kenderaan komersil kepada generasi muda.

Bagi mereka yang berminat untuk meneruskan pengajian di dalam bidang ini boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web Isuzu Malaysia di www.isuzu.net.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…