Isuzu Serah Unit Pertama Trak Giga Prime Mover Generasi Baharu

oleh Penyumbang Rencana 2|
Isuzu Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa syarikat pengilang kepingan besi yang berpangkalan di Klang, Xinsteel Sdn. Bhd. telah membeli dan menerima unit pertama prime mover GIGA EXZ460 6x4 bertransmisi manual. Ia merupakan Isuzu GIGA Prime Mover generasi baharu yang baru sahaja dilancarkan.

Syarikat itu juga telah menempah dua lagi unit model GIGA terkini yang akan diserahkan dalam tempoh dua bulan dan ketiga-tiganya dibeli oleh Xinsteel daripada pengedar sah Isuzu, SV Prestige Sdn. Bhd.

Syarikat sudahpun memiliki sebuah trak Isuzu GIGA model terdahulu dan unit tambahan ini akan digunakan untuk mengangkut kepingan besi Xinsteel kepada pelanggan di seluruh negara.

Baru dilancarkan sebulan lalu, Isuzu GIGA EXZ460 merupakan sebahagian daripada rangkaian prime mover generasi baharu yang menawarkan kuasa kuda dan prestasi lebih baik. Ia dijana oleh enjin 15.6-litre 6WG1 dengan piawaian emisi Euro 3 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 460 kuasa kuda.

Tampil dengan pelbagai ciri untuk operasi yang optimum, trak GIGA baharu dilengkapi meter paparan LCD bersaiz empat inci baharu pada papan pemuka. Ia memaparkan maklumat- maklumat penting seperti gear, kawalan jelajah, brek, meter penjimatan bahan api, tolok suhu air dan banyak lagi. 

Maklumat tersebut dikategorikan ke dalam empat seksyen paparan iaitu bantuan pemandu, transmisi, utiliti dan paparan yang sentiasa dihidupkan. Ruang kabin yang lebih baik dan ergonomik pada trak GIGA dan ia dipasang dengan tali pinggang keledar yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Jerman ISRINGHAUSEN. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MHD yang baru diumumkan itu terletak di Kota Kinabalu dan mempunyai 20 ruang penyelenggaraan seluas…
Berita Domestik
Dengan 4,237 unit didaftarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, syarikat menyaksikan peningkatan…
Model Terbaharu
Terdapat lima varian yang diperkenalkan terdiri daripada siri C - trak rigid CYZ420 dengan…