Isuzu sambut ulang tahun ke-60 - trak ringan Jepun yang paling dipercayai!

oleh Mohamad Hanif|
26 Ogos 2019 menandakan ulang tahun ke-60 pelancaran trak paling laris Isuzu, iaitu ELF, trak yang kini menjadi pilihan utama untuk segmen trak tugas ringan di peringkat antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak ELF sememangnya terkenal kerana keteguhan, inovasi yang berterusan dan kualiti tertinggi yang ditawarkan.

Sepanjang kitaran evolusinya, trak ELF telah melalui pelbagai pembaharuan, selain mencapai beberapa pencapaian yang penting.
 

sumber: Wikipedia


Pada 1959, generasi pertama yang diperkenalkan merupakan trak 2 tan dengan rekaan ‘cab-over’, beserta enjin petrol 1.5 liter. Hanya pada tahun berikutnya, iaitu 1960, enjin diesel 2 liter diperkenalkan, menjadikan pembaharuan ini yang terulung untuk kelasnya.

Seterusnya, pada tahun 1967, ianya digantikan dengan generasi kedua, di mana model ‘Isuzu Light ELF’ dilancarkan, dengan kapasiti dan prestasi enjin yang dipertingkat.

 

sumber: Wikipedia

Pada tahun 1975, generasi ketiga mula dilancarkan, dan menawarkan pelbagai pembaharuan yang menarik, sehinggakan pada tahun 1978, Isuzu mencatat sejarah kerana berjaya menjual unit trak ELF yang ke-sejuta.

Generasi ketiga ELF juga telah melalui beberapa penambahbaikan, dan pada tahun 1980, ia berjaya mencapai piawaian emisi 1979 Jepun, di samping mempunyai bentuk luaran yang telah diolah dan dilengkapkan dengan badan ‘cab’ yang boleh condong.

Tahun 1984 menandakan pencapaian baharu bagi Isuzu apabila generasi keempat yang dilancarkan mula dieksport dan dikilangkan di beberapa negara luar, termasuk Amerika Syarikat, Australia dan China.

Selain pembaharuan luaran, generasi keempat juga menawarkan inovasi teknologi enjin, dari enjin diesel suntikan terus, ke enjin diesel turbo. Di samping itu, versi pacuan empat roda ELF 250 juga telah mula diperkenalkan.
 


Generasi kelima dilancarkan pada tahun 1993, dan telah mengetengahkan pelbagai pembaharuan, antaranya enjin diesel yang lebih bersih dan penggayaan luaran yang ketara.

Sepanjang 60 tahun, trak ELF telah melalui penambahbaikan dan inovasi teknologi yang membanggakan, sehinggakan kini, generasi keenam tampil dengan penggayaan tersendiri, kabin yang kukuh namun ringan, transmisi enjin yang lebih lancar, dan enjin diesel turbo yang bersih namun berkuasa tinggi.

Di Malaysia, Isuzu mula memperkenalkan rangkaian traknya pada tahun 1979. Sejak itu, trak tugas ringan ELF telah menjadi pengangkutan pilihan bagi perniagaan yang memerlukan trak yang berkualiti dan dipercayai, selain menawarkan penjimatan minyak yang lebih efisien.

Tambahan pula, pemasangan trak Isuzu dijalankan secara tempatan, di kilang pembuatan Isuzu HICOM Malaysia, di Pekan, Pahang.
 


Sejak diperkenalkan, siri ELF terus menguasai segmen trak tugas ringan di Malaysia. Jumlah jualannya telah banyak menyumbang ke arah Isuzu mengekalkan kedudukannya sebagai ‘CV Paling Laris Keseluruhan’ di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut, di samping mengekalkan kedudukan ELF sebagai ‘Trak Paling Laris dalam Segmen Tugas Ringan’ selama sembilan tahun berturut-turut.

Di peringkat antarabangsa, jumlah pembuatan Siri ELF telah melebihi 6.5 juta unit, dan kini boleh didapati di 146 negara di seluruh dunia. Selain daripada prestasi jualan yang mengagumkan di Malaysia, Siri ELF juga telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai No.1 dalam pasaran di 25 buah negara serata dunia.

Walaupun trak ELF dikenali kerana ketahanan, penambahbaikan produk yang berterusan serta kemajuan dalam teknologi diesel, namun di Malaysia, kepercayaan yang diberikan terhadap trak tugas ringan ini banyak berasaskan komitmen Isuzu dalam memastikan mutu kepuasan pelanggan yang tinggi.

 


Melalui rangkaian pengedar sah serta pusat servis yang meluas, Isuzu Malaysia berbangga dapat menyediakan pengalaman selepas jualan yang terbaik, supaya rakan niaga dan pelanggan komersial mendapat perkhidmatan yang diperlukan, demi memastikan perniagaan mereka dapat berjalan dengan lancar dan lebih efisien.

Di Malaysia, Isuzu menawarkan pelbagai pilihan untuk trak tugas ringan ELF, dengan adanya 19 varian berbeza, antaranya 4-wheeler, 6-wheeler, 4x4 dan Crew-Cab, yang dilengkapkan dengan keluaran enjin dan prestasi yang menakjubkan, ruang dalaman yang berfungsi dan selesa, serta ciri-ciri keselamatan penting.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…