Isuzu penaja utama Kuching Marathon 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kuching Marathon yang merupakan satu acara larian jarak jauh tersohor dan berprestij di Malaysia dengan penyertaan besar-besaran di kepulauan Borneo tahun ini bakal menyaksikan Isuzu sebagai penaja utamanya; sebuah lagi jenama yang sangat sinonim dengan ketahanan dan kecekapan kenderaannya untuk kegunaan jarak jauh seperti D-Max dan Elf.

Sebagai penaja utama Kuching Marathon 2019, Isuzu Malaysia ingin memainkan peranan dan menyampaikan mesej yang lebih berkesan dari sudut mesra alam serta gaya hidup sihat.

"Sebagai sebuah jenama yang berteraskan ideologi ketahanan dan kecekapan penggunaan jarak jauh, kami berkongsi semangat dan azam yang sama dengan setiap pelari marathon. Dalam semangat itu jugalah Isuzu memilih untuk melibatkan diri di dalam acara Kuching Marathon tahun ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Majlis pelancaran rasmi acara ini telah diadakan di Kuching dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan. 

Mewakili Isuzu Malaysia ialah Ketua Pegawai Operasi, Masayuki Suzuki yang menyerahkan tanda penajaan kepada Pengarah Acara Kuching Marathon, Liew Tang Chieh.
 


Acara Kuching Marathon tahun ini adalah edisi ke enam dalam penganjurannya, dan bakal bermula dan berakhir di Padang Merdeka pada 18 Ogos 2019. Perlumbaan kali ini akan menampilkan empat kategori jarak larian, bermula dengan 5 km, 10 km, separuh marathon dan marathon penuh 42.195 km mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Marathon dan Perlumbaan Jarak Jauh Antarabangsa (AIMS).

Larian marathon penuh dijangka akan menarik penyertaan seramai 11,000 orang dengan melalui pusat pentadbiran Kuching Utara dan sebahagian kawasan bersejarah di Kuching Selatan berkenaan sebelum berakhir di garisan penamat di lokasi ikonik Padang Merdeka.

Hadiah akan diberikan untuk kategori marathon penuh, separuh marathon dan 10 km bagi peserta bagi lelaki, wanita serta veteran, sementara untuk larian santai 5 km pula adalah terbuka kepada pelari dari semua peringkat umur. 

Untuk maklumat lanjut penyertaan dan program Kuching Marathon, sila layari www.marathonkuching.com.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau akan ditemani oleh Ketua Operasi Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki; Pengurus Besar,…