Isuzu MU-X Type S kini dengan rebat sehingga RM19K, D-Max sehingga RM10K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kebiasaannya jika hendak menilai sesebuah kenderaan komersil itu tahan atau tidak ialah apabila ia banyak digunakan oleh pihak industri dan kerajaan atau dalam sesetengah hal digunakan oleh pihak tentera!

Keputusan pembelian oleh organisasi swasta atau pihak kerajaan biasanya mengambil tempoh yang lama disebabkan proses penilaian pelbagai aspek seperti ketahanan, pakej harga, fungsi dan sebagainya.

Sebagai orang awam, keputusan oleh organisasi seperti ini sangat berguna dan sedikit sebanyak boleh diambil input daripada mereka.

Dalam hal ini, Isuzu adalah di antara jenama yang digemari pihak jabatan kerajaan, industri kecil dan sederhana (PKS) dan juga pengendali lebuh raya.

Pada Julai lalu, Kastam Diraja Malaysia telah membekalkan sebanyak 80 buah Isuzu D-Max 3.0 kepada jabatan penguatkuasanya di mana majoriti pikap tersebut akan digunakan di kawasan sempadan negara seperti di Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dah Johor.

Kecenderungan pihak kerajaan dan swasta pastinya membawa pelbagai makna di sebalik pemilihan tersebut.

Selain itu, berbeza dengan jenama massa lain, Isuzu tidak menawarkan produk dalam pelbagai segmen. 

Ini membolehkan Isuzu benar-benar fokus terhadap tawaran produk konsumer iaitu pikap dan SUV tujuh tempat duduk.

Selain itu, Isuzu juga menduduki tangga teratas dan berkongsi tempat bersama Toyota dalam Indeks Kepuasan Jualan J.D Power (SSI) Malaysia 2017 dengan 823 mata mengatasi jenama hebat lain.

 

 

Dalam bidang kejuruteraan pula, kemahiran dan pengalaman Isuzu terbukti apabila Mazda telah mengikat kerjasama untuk sama-sama membina kenderaan baharu selain daripada berkongsi kilang pengeluaran di Thailand. Isuzu juga mempunyai kerjasama dengan General Motors sejak tahun 2006 lagi.

Enjin 2.5 liter diesel turbo VGS dan 3.0 liter diesel turbo VGS Isuzu juga telah terbukti dari segi kecekapan bahan api apabila berjaya bergerak sehingga 1809 kilometer iaitu dari Singapura ke Bangkok dengan penggunaan minyak kurang dari setangki penuh.

Enjin ini juga memenangi Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto selama enam tahun di mana ia disaksikan dan diiktiraf oleh AAM.

Kini khusus untuk mereka yang berminat dengan kenderaan Isuzu atau mengintai untuk memiliki sebuah pikap atau SUV tujuh tempat duduk boleh mengambil kesempatan sempena kempen rebat sehingga RM 10,000.00.

Berikut ialah barisan kenderaan yang ditawarkan oleh Isuzu Malaysia:

1. Isuzu MU-X (4x2 dan 4x4)

 

 

Model SUV tujuh tempat duduk ini didatangkan dalam dua varian utama iaitu MU-X dan MU-X Type S. Isuzu MU-X ditawarkan dalam dua jenis pacuan iaitu 4x2 dan 4x4. 

Kesemua varian MU-X dikuasakan oleh enjin 2.5 liter diesel turbo VGS 136 ps pada 3,600 rpm dan tork 320 Nm dari 1,800 rpm hingga 2,800 rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi lima kelajuan automatik.

Ciri-ciri utama MU-X ialah enam beg udara, ABS dengan EBD, BA dan Kawalan Cengkaman (TCS), ESC, HSA, HDC, ISOFIX dan top tether untuk kerusi barisan kedua, lampu utama projektor Bi-LED dengan larasan automatik, lampu DRL LED, lampu kabus depan dan belakang dan roda aloi 18 inci.

 

 

Bahagian dalaman pula dilengkapi kerusi depan larasan elektrik enam larasan, meter e-LUMAX dan Advanced Multi-Information Display, stereng kulit dengan kawalan audio dan kawalan jelajah, kawalan suhu automatik, sistem audio multimedia skrin sesentuh (tujuh inci - 4x2, lapan inci - 4x4) 2-DIN dengan pemain DVD, sambungan Bluetooth, USB, iPOD, HDMI (4x4), monitor penumpang belakang (4x4) dan kerusi serta kemasan interior balutan kulit.

Harga di atas jalan tanpa insurans Isuzu MU-X 4x2 ialah RM 176,640.40 manakala MU-X 4x4 ialah RM 183,000.40. MU-X didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Spesifikasi dan informasi lanjut tentang Isuzu MU-X 4x2 dan MU-X 4x4 boleh didapati di sini.

2. Isuzu D-MAX

 

 

Berbanding MU-X dengan dua varian, pikap D-MAX dipasarkan dengan sejumlah varian iaitu Standard, Premium hinggalah kepada D-MAX Z-Prestige yang penuh gaya.

Untuk enjin, D-MAX ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu 2.5 liter diesel turbo VGS (4JK1-TCX) sama seperti MU-X dan 3.0 liter diesel turbo VGS (4JJ1-TCX) berkuasa 177 ps 3,600 rpm dan tork 350 Nm dari 1,800 rpm hingga 2,600 rpm.

Transmisi untuk varian Standard dan Premium ialah lima kelajuan manual atau lima kelajuan automatik. Varian Z-Prestige hanya ditawarkan dengan transmisi lima kelajuan automatik.

Untuk sistem pacuan pula, varian Standard didatangkan dengan versi 2x4 dan 4x4 manakala varian Premium dan Z-Prestige hanya dengan versi 4x4.

Peralatan standard untuk kesemua varian terdiri daripada lampu utama projektor dengan DRL LED, lampu kabus dan kamera undur. Pakej keselamatan pula ialah dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA, Kawalan Cengkaman (TCS), ESC, HSA, ISOFIX dan top tether untuk kerusi barisan kedua.

D-MAX Standard 

 

 

Untuk D-Max Standard terdapat empat varian iaitu 2.5L 4x2 MT Hi-Ride, 2.5L 4x4 MT, 2.5L 4x4 AT dan 3.0L 4x4 AT.

Ciri-ciri varian ini ialah stereng balutan kulit (Hi-Ride), roda aloi 16 inci, kerusi fabrik, sistem audio multimedia skrin tujuh inci sesentuh 2-DIN dengan pemain DVD, sambungan Bluetooth, USB dan iPOD.

D-Max Premium

Varian D-Max Premium pula terdiri daripada tiga varian iaitu 2.5L 4x4 MT, 3.0L 4x4 MT dan 3.0L 4x4 AT.

Ciri-ciri varian ini ialah roda aloi 18 inci, meter e-LUMAX dan Advanced Multi-Information Display, stereng kulit dengan kawalan audio, kawalan suhu automatik, sistem audio multimedia skrin sesentuh lapan inci 2-DIN dengan pemain DVD, sambungan Bluetooth, USB, iPOD, HDMI dan kerusi balutan kulit (3.0L 4x4 AT)

Spesifikasi dan maklumat lanjut D-Max Standard dan D-Max Premium boleh didapati dari sini.

D-Max Z-Prestige

 

 

Varian ini paling mewah di antara kesemua D-Max yang ditawarkan. D-Max Z-Prestige dilengkapi ciri-ciri yang sama seperti varian Premium cuma ia tampil lebih bergaya dengan aksesori standard iaitu sports bar dan pelindung kargo belakang (flatbed).

Varian Z-Prestige didatangkan dengan tiga pilihan tema iaitu Silky White Pearl, Velvet Red Mica dan Stallion Black. Selain warna luaran unik, ketiga-tiga varian ini dilengkapi tema interior berbeza iaitu kerusi balutan kulit coklat dengan kemasan hitam bagi unit Silky White Pearl, hitam dengan kemasan merah bagi unit Velvet Red Mica dan hitam dengan kemasan perak bagi unit Stallion Black.

Spesifikasi dan maklumat lanjut D-Max Z-Prestige boleh didapati melalui pautan ini; Silky White Pearl, Velvet Red Mica dan Stallion Black.

Warna

D-Max Standard / D-Max Premium - Hitam, Nautilus Blue Mica, Titan Silver Metallic dan Magnum White Solid 

D- Max Z-Prestige - Silky White Pearl, Velvet Red Mica dan Stallion Black

 

 

Harga

Berikut ialah harga di atas jalan tanpa insurans D-Max mengikut varian:

D-Max Standard

2.5L 4x2 MT Hi-Ride: RM 85,989.20

2.5L 4x4 MT: RM 95,741.20

2.5L 4x4 AT: RM 108,991.20

3.0L 4x4 AT: RM 116,892.40

D-Max Premium

2.5L 4x4 MT-P: RM 104,910.20

3.0L 4x4 MT-P: RM 114,348.40

3.0L 4x4 AT-P: RM 122,616.40

Z-Prestige - Silky White Pearl, Velvet Red Mica dan Stallion Black 

2.5L 4x4 AT: RM 121,658.20

3.0L 4x4 AT: RM 129,453.40

Waranti

Isuzu D-Max yang dipaparkan ini didatangkan bersama waranti lima tahun dengan jarak perbatuan 150,000 km yang mana dahulu.

Promosi rebat RM 19,000

Isuzu sekarang ini sedang menawarkan rebat sehingga RM 19,000 untuk MU-X Type S (stok terhad) dan sehingga RM 10,000 untuk D-Max terpilih. Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dari pengedar sah Isuzu di serata negara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Buktinya ialah Isuzu adalah pemenang Anugerah Kecekapan Bahan Api Asean Auto sebanyak enam kali…
Berita Global
Insan berusia 48 tahun ini menggunakan idea yang serupa, namun beliau telah menambah dua lagi tayar…
Berita Global
  Paling baharu ialah Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth yang dilancarkan sempena Pameran…