Isuzu MU-X tampil garang dengan bampar keluli Hamer4x4

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu MU-X merupakan jawapan Isuzu kepada mereka yang mahukan alternatif kepada model-model seperti Toyota Fortuner, Mitsubishi Pajero Sport dan juga Ford Everest.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjadikan MU-X sebuah pakej yang lebih sesuai digunakan untuk menawan laluan off-road, pihak Hamer4x4 dari Australia kini menawarkan pakej bampar keluli yang agresif itu.
 

MUX


Produk bampar daripada King Series Hamer4x4 itu diperbuat daripada keluli setebal 3 mm yang dikemaskan dengan salutan serbuk matt black atau boleh dicat mengikut warna badan yang asal.

Ia menampilkan unit lampu LED yang menggandingkan lampu kabus, indikasi membelok, lampu nyalaan siang (DRL) serta lampu posisi dalam satu perumah.
 

MUX


Dimensi yang agak pendek berbanding bampar original dikatakan membantu menambahbaik sudut pendekatan, selain turut menyokong penderia asal MU-X yang dimuatkan daripada kilang, dan boleh dimuatkan dengan komponen cangkuk tunda.

Bergantung kepada varian dan pasaran, kos untuk bampar keluli itu bermula dari $800 dan boleh mencecah $2,500.

Setakat ini, Isuzu MU-X ini boleh didapati di beberapa pasaran termasuklah Australia, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga Afrika Selatan.