Isuzu mu-X 2021 rasmi dilancarkan - rekaan berbeza daripada kembarnya D-Max

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama Isuzu mendedahkan gambar tease, akhirnya pengeluar Jepun itu secara rasmi melancarkan SUV mu-X 2021 yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Toyota Fortuner, Nissan Terra, dan Ford Everest.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model tahun 2021, Isuzu menggunakan platform yang sama seperti trak pikap D-Max generasi ketiga, namun dengan sedikit kelainan. 

Ini kerana Isuzu membuat keputusan untuk memberikan karakter yang berbeza jika dibandingkan dengan D-Max, seperti contoh rekaan lampu yang lebih tajam, gril yang lebih kecil dan rekaan bampar yang lebih lembut. 

 


Selain daripada itu, rekaan fender dan pintu juga sangat unik kepada model mu-X ini dengan kehadiran garisan tambahan pada bahagian sisi. 

Rekaan lampu yang nipis itu turut diaplikasikan pada bahagian belakang sementara posisi nombor pendaftaran telah direndahkan. 
 


Ruang kabin Isuzu mu-X ini membawakan banyak persamaan pada model trak pikap D-Max, dengan tema yang lebih dinamik dan kawalan pendingin hawa menggunakan sistem suis berbanding sistem tombol.

Rekaan moden juga boleh dilihat pada komponen tuil gear, sementara di bahagian hadapan pemandu terdapat sistem paparan informasi dengan grafik berdefinisi tinggi. 
 


Dari segi keselamatan, Isuzu mu-X 2021 kini lengkap dengan ciri keselamatan termaju seperti amaran keluar laluan, cruise control adaptif, brek kecemasan automatik, amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan titik buta, mitigasi salah guna pedal dan brek pra-pelanggaran.

Ini melengkapi ciri keselamatan pasif seperti enam beg udara, ABS, EBD, kawalan kestabilan, bantuan mula mendaki, kawalan cengkaman dan kawalan menurun cerun. 
 


Untuk trenkuasa diesel, Isuzu menawarkan dua pilihan  yang sama seperti trak pikap D-Max, iaitu enjin 1.9 liter (150 PS dan 350 Nm) serta enjin yang lebih besar 3.0 liter turbo dengan pilihan pacuan empat roda dan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 

Menurut Isuzu, mu-X ini mampu meredah kedalaman air setinggi 600-800 mm.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menjadikan MU-X sebuah pakej yang lebih sesuai digunakan untuk menawan laluan off-road, pihak…
Berita Global
Namun, tidak ramai yang mengingati bahawa Isuzu D-Max juga sebenarnya mempunyai kembar dalam bentuk…