Isuzu Motors, Volvo Group bentuk kerjasama strategik

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar trak Jepun, Isuzu Motors kini membentuk satu kerjasama baharu dengan Volvo Group bagi membangunkan teknologi generasi akan datang untuk trak komersil, termasuklah kenderaan elektrik dan pemanduan autonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama ini, Volvo Trucks akan menyerahkan perniagaan UD Trucks kepada Isuzu, namun tiada sebarang butiran lanjut didedahkan buat masa ini. 

Menurut Isuzu, memorandum persefahaman yang bersifat tidak mengikat itu bakal membolehkan kedua-dua belah pihak meneroka peluang yang di dalam industri, selain mewujudkan kerjasama teknologi global untuk trak tugas berat. 

Isuzu mempunyai kehadiran jenama yang kuat di Asia, terutama bagi trak komersil ringan dan sederhana, manakala Volvo pula mempunyai pengaruh yang besar di dalam segmen trak besar di Eropah. 

Ketika majlis tandatangan MoU, Presiden Isuzu Masanori Katayama berkata, "Isuzu dan Volvo percaya peluang perniagaan dan potensi sinergi yang ada pada pihak masing-masing, dan kami akan cuba untuk mempergunakan kekuatan tersebut demi memberikan servis dan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan kami. 

Fasa tandatangan perjanjian persefahaman disasarkan pada pertengahan tahun 2020 manakala penutupan transaksi dijangka pada akhir tahun 2020. 

Sumber: Nikkei Asian Review

Berita Berkenaan

Berita Global
Berkuat kuasa 1 April 2021, Naoto Hakamata telah dilantik sebagai Pengerusi UD Trucks, diikuti oleh…