Isuzu Malaysia tawar moratorium pinjaman buat pembeli trak pikap D-Max

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia merintis jalan tersendiri dalam usaha membantu pelanggan D-Max dengan menawarkan moratorium bagi bayaran ansuran pembiayaan kenderaan baru yang dibeli bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2020.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Melalui Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu yang merupakan program pertama seumpamanya bagi segmen trak pikap, syarikat berharap para pelanggan dapat menjana pendapatan mereka dengan mengoptimumkan penggunaan Isuzu D-Max untuk kerja-kerja sepanjang tempoh penangguhan tiga atau enam bulan berkenaan, sebelum mereka perlu memikirkan tentang bayaran ansuran kenderaan terbabit.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Masayuki Suzuki, matlamat moratorium berkenaan ialah untuk membantu rakyat Malaysia menyambung dan meneruskan kehidupan mereka sepanjang tempoh pemulihan ini dengan memanfaatkan khidmat Isuzu D-Max yang cekap dan pelbagai guna.

"Kenderaan yang berkemampuan, boleh diharap serta tahan lasak adalah aset berharga dan sebuah trak pikap memenuhi keperluan ekonomi seperti itu bagi kegunaan individu atau organisasi. Dengan menawarkan moratorium ini, Isuzu berharap pelanggan akan mampu untuk kembali kepada keadaan normal mereka seperti sebelum ini secepat mungkin," tambah Suzuki.

Kempen berkenaan merupakan kerjasama dengan Public Bank Berhad, merangkumi hampir semua model dalam barisan D-Max sedia ada dengan jumlah pinjaman sehingga 90% bagi tempoh maksimum 84 bulan. Jumlah minimum pinjaman yang layak untuk kempen ini ialah RM20,000. Pelanggan boleh memilih model Isuzu D-Max yang sesuai dengan keperluan dan peruntukan mereka daripada keseluruhan barisan D-Max yang ada dalam pasaran Malaysia.

 


Isuzu D-Max mempunyai reputasi sebagai satu daripada model trak pikap paling tahan lasak dan jimat bahan api dalam pasaran dengan kemampuan yang telah terbukti, misalnya melalui penglibatannya di dalam ekspedisi off-road Borneo Safari sejak 14 tahun lalu. Ia juga telah mengharungi perjalanan jarak jauh dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan hanya satu tangki diesel.

Barisan Isuzu D-Max terbaru kini dilengkapi enjin 1.9 liter Blue Power, unit berteknologi maju dengan kapasiti paling kecil bagi trak pikap setakat ini. Untuk itu, ia menikmati cukai jalan yang paling murah bagi kenderaan dalam kelas sama. Enjin ini memberikan prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding unit 2.5 liter yang digantikannya.

Baru-baru ini juga, D-Max 1.9 liter Single Cab telah menunjukkan kemampuannya dalam mengharungi cabaran laluan empat puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan membawa beban satu tan meliputi jarak perjalanan 1,145 km dengan diesel yang masih berbaki di dalam tangki, membuktikannya sebagai sebuah kenderaan kerja yang tahan dikerah dan boleh diharap.

Untuk senarai lengkap model-model Isuzu D-Max dan pengedar berdekatan anda, layari https://isuzu.net.my/pickup/ atau laman Facebook https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

 

Berita Berkenaan

Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata,  pihaknya juga sedang melihat…