ISUZU MALAYSIA SERAH TRAK KE-100 KEPADA MIGHTY BAKERY

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, Isuzu Malaysia menerusi Jumbo Arena Sdn. Bhd. telah menyerahkan kunci replika unit trak Isuzu N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E) ke-100 kepada Mighty Bakery Sdn. Bhd. bertempat di kilang syarikat pengilang roti berkenaan yang terletak di Balakong, Selangor.

Untuk makluman, sesi penyerahan kunci replika itu diadakan sebagai simbolik meraikan kejayaan usahasama antara kedua-dua syarikat berkenaan sejak tahun 2012 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Komersial bagi Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui berkata, pihaknya begitu menghargai kepercayaan dan sokongan padu yang ditonjolkan syarikat berkenaan selama tempoh hubungan perniagaan antara kedua-dua entiti itu terjalin.

"Pihak Mighty Bakery sentiasa meletakkan kepercayaan mereka kepada Isuzu untuk melaksanakan tugas logistik dan agihan produk kerana menurut pihaknya, keutuhan binaan trak kami tiada tandingan selain merekodkan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding jenama lain.

"Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 16 unit N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E) telah didaftarkan termasuk unit ini yang mana ia merupakan unit trak ke-100 diedarkan pihak kami sejak enam tahun lalu. Justeru, besar harapan kami supaya perolehan unit trak berkenaan dapat dimanfaatkan Mighty Bakery dalam melakukan penghantaran dan agihan produk dengan lebih efisien selepas ini," katanya menerusi satu kenyataan penghujung Disember lalu. 

Turut hadir pada majlis penyerahan berkenaan ialah Pengarah Pemasaran Mighty Bakery Sdn. Bhd., Rodney Khor dan Pengarah Urusan Jumbo Arena Sdn. Bhd., Yeo Ann Siong.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…