Isuzu Malaysia serah lapan unit trak Forward Series untuk Mr. DIY

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan penyerahan lapan unit trak tugas sederhana model Forward Series (F-Series) kepada syarikat peruncitan terkenal MR DIY Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak-trak baharu terdiri daripada enam unit Isuzu FSR90 dan dua unit Isuzu FVR300 yang dibeli daripada pengedar sah Isuzu, Ultra Galant Sdn Bhd yang akan digunakan untuk memacu perkembangan operasi MR DIY di seluruhn egara.

Majlis penyerahan rasmi trak-trak Isuzu itu diadakan di ibu pejabat MR DIY di Seri Kembangan, Selangor dan dihadiri oleh pasukan pengurusan kanan Isuzu, MR DIY dan Ultra Galant.

Sehingga kini, MR DIY telah memiliki kira-kira 100 unit trak Isuzu semenjak pembelian pertama yang dibuat pada tahun 2017 dan syarikat itu terus menambah lebih banyak unit ke dalam rangkaian pengangkutannya dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura menjelaskan, "kami sangat gembira kerana telah menyempurnakan penyerahan lapan unit trak tugas sederhana Isuzu FSR90 dan FVR300 kepada pelanggan yang kami hormati, MR DIY.

“Isuzu FSR90 dan FVR300 ialah pilihan trak tugas sederhana yang ideal, senang digunakan dan mempunyai nilai tambah dalam usaha memenuhi apa jua keperluan tugasan penghantaran barang. Dengan berat kasar 11,900kg untuk FSR90 dan 19,000kg untuk FVR300, kami yakin trak-trak ini akan mampu menawarkan tahap penggunaan yang tinggi dengan produktiviti, ketahanan dan keselamatan terbaik demi menyokong pengembangan perniagaan MR DIY yang mapan,” kata Nakamura.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…