Isuzu Malaysia lancar trak tugas berat, prime mover GIGA generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi generasi baharu trak GIGA yang terdiri daripada model trak tugas berat dan juga prime mover.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat lima varian yang diperkenalkan terdiri daripada siri C - trak rigid CYZ420 dengan transmisi tujuh nisbah kelajuan manual, serta trak siri E - prime mover EXR420 4x2 dan EXZ460 6x4 dengan dua pilihan transmisi, iaitu manual dan AMT 16 nisbah kelajuan.

Rekaan trak generasi baharu GIGA yang dilancarkan ini mengambil inspirasi daripada konsep Jepun 'Meri Hari' (メリハリ) yang membawa maksud menghasilkan serta mencapai keseimbangan dan harmoni.
 

GIGA


Hasil daripada konsep ini, trak baharu Isuzu GIGA mampu menawarkan keseimbangan di antara aspek ketahanan, kuasa, keselesaan dan penjimatan hebat menerusi pelbagai inovasi luar dan dalam kabin.

Dari segi kuasa, trak Isuzu GIGA didatangkan dengan enjin diesel enam silinder sebaris 15,681 cc dengan dua talaan kuasa, 420 hp @ 1,800 rpm serta daya kilas 1,863 Nm @ 770-1,300 rpm, serta talaan paling tinggi 460 hp @ 1,800 rpm serta daya kilas 2,256 Nm @ 900-1,300 rpm.

Kedua-dua variasi enjin tersebut masih lagi kekal dengan standard emisi Euro 3, namun pihak Isuzu Malaysia bakal membawa masuk enjin dengan standard emisi yang lebih tinggi menjelang tahun 2024.
 

GIGA


Antara ciri keselamatan yang ada pada trak GIGA termasuklah sistem brek anti-kunci, beg udara pemandu SRS dan ciri brakes override accelerator (BOA).

Ciri yang khusus untuk model prime mover adalah tempat duduk ergonomik yang dihasilkan oleh syarikat Jerman Isringhausen yang menawarkan pelbagai ciri seperti ventilasi sejuk dan pemanas, tetapan sudut dan sokongan untuk bahu dan tulang belakang.

Di hadapan pemandu terdapat skrin paparan LCD bersaiz empat inci dengan paparan informasi penting seperti bantuan pemanduan, transmisi, utiliti serta ciri yang mampu membantu dan menambahbaik aspek operasi dan keselamatan ketika memandu.
 

GIGA


Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Atsunori Murata berkata, “Kami sangat teruja untuk melancarkan trak-trak tugas berat dan prime mover GIGA generasi seterusnya di Malaysia.

"Untuk  pengetahuan umum, Malaysia merupakan negara ketiga di peringkat global selepas Jepun dan China, dan merupakan negara yang pertama di pasaran Asia Tenggara menerima rangkaian traktrak terbaharu Isuzu GIGA ini. Ini merupakan bukti komitmen dan penghargaan kepada pelanggan kami di Malaysia.

“Jenama Isuzu telah mencatat pelbagai kejayaan di Malaysia. Ia dikenali sebagai jenama trak  terunggul bukan sahaja untuk selama beberapa tahun ini, bahkan kami telah berada di kemuncak secara konsisten berturut-turut lamanya, terima kasih atas sokongan daripada semua pelanggan kami.
 

GIGA


"Secara umumnya, rangkaian produk trak tugas ringan Isuzu ELF kami merupakan penyumbang utama kepada penguasaan pasaran Isuzu hingga hari ini. Dengan adanya rangkaian trak-trak terbaharu Isuzu GIGA generasi seterusnya ini, kami yakin ia akan menguatkan lagi penguasaan Isuzu untuk terus kekal menjadi penyumbang utama yang akan melangkaui sempadan dan memacu jenama Isuzu ke hadapan.

"Sasaran kami adalah untuk mengukuhkan tapak dalam segmen trak tugas berat dan prime mover. Kami percaya trak-trak terbaharu Isuzu GIGA ini bukan sahaja akan menambah rangkaian trak tugas berat, malah secara tidak langsung akan meningkatkan penanda aras jenama dan industri ini.”

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…