Isuzu Malaysia lancar pembukaan Pusat 3S di Jinjang Permai

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia baru-baru ini melancarkan pembukaan cawangan pusat 3S baharu Autoexec Corporation 3S Centre di Jalan Jinjang Permai, pinggir Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina atas kawasan berkeluasan 1,400 meter persegi, pusat 3S baharu ini menawarkan barisan lengkap produk Isuzu dari trak pikap D-Max hinggalah kepada lori tugasan ringan, sederhana dan berat serta prime mover.
 

3s


Bilik pameran mempunyai kemudahan pendingin hawa yang mampu menawarkan keselesaan kepada pelanggan.

Ruang servis pula mampu menampung sehingga empat kenderaan tugas ringan, serta dua trak tugas sederhana dalam satu-satu masa.
 

3S


Pusat 3S ini juga turut menawarkan ruang tetamu yang selesa dengan hidangan makanan ringan yang disediakan, sudut cenderahati, panel maklumat digital, ruang penyerahan khusus untuk trak pikap.

Cawangan Autoexec Corporation di Kuala Lumpur akan menjadi cawangan pertama yang menampilkan wajah baru ini dan langkah sama akan diikuti di seluruh negara selepas ini.
 

3S


Peralihan dan perubahan ini akan mengambil masa hampir dua tahun untuk diselesaikan dengan keseluruhan rangkaian dijangka akan mempamerkan identiti baru ini menjelang Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, rekaan baru ini disasarkan untuk menyerlahkan lagi kehadiran Isuzu dengan menawarkan sebuah suasana dan persekitaran yang lebih hangat kepada semua pelanggan dan pengunjung.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…