Isuzu Malaysia kenalkan program insurans baharu pada pemilik

oleh Firdaus Razani|
Isuzu Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan Isuzu Insurance Pro, sebuah pelan insurans yang menyeluruh dan pelindungan terbaik bagi kedua-dua pemilik dan kenderaan Isuzu.

Polisi itu ditawarkan untuk semua kenderaan Isuzu, sama ada untuk pembelian baharu atau pembaharuan polisi.

Isuzu Insurance Pro bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran dengan cadangan pelindungan yang menyeluruh, ia juga meliputi manfaat lain yang terbaik dalam kelasnya.

Tambahan, ia diselenggarakan oleh barisan panel dari lima syarikat insurans dan takaful utama, Isuzu Insurance Pro melindungi semua model D-Max serta semua barisan trak tugasan ringan, sederhana dan berat seperti ELF, FORWARD dan GIGA, termasuklah juga prime mover.

 

isuzu

 

Antara manfaat tambahan yang menarik adalah;

-Kelulusan pantas untuk sebarang tuntutan bawah RM20,000,

-Servis tunda percuma tanpa had bagi perjalanan pergi-balik sejauh 300 km untuk D-Max dan

-Servis tunda percuma sebanyak tiga kali bagi perjalanan pergi-balik 100 km untuk model trak ELF.

-Perlindungan percuma untuk semua pemandu, elaun banjir, elaun kunci akibat kemalangan atau kecurian.

-Perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk kedua-dua pemegang polisi dan pemandu yang sah.

 

Kelebihan lain pula termasuklah bantuan tepi jalan 24/7, pengecualian bagi betterment dan excess selama 10 tahun serta nilai dipersetujui sehingga 10-tahun untuk D-Max serta untuk tahun pertama bagi trak Isuzu yang lain.

 

isuzu

 

Semua tuntutan insurans yang dibuat di bawah program Isuzu insurance Pro juga akan menggunakan alat ganti tulen Isuzu selagi kenderaan terbabit dihantar ke bengkel sah Isuzu untuk tujuan tuntutan.

Pembelian ke atas Isuzu Insurance Pro hanya boleh dibuat melalui pengedar sah Isuzu bermula 5 Ogos 2024.

Pelanggan terawal akan menerima hadiah istimewa berupa cenderahati eksklusif Isuzu Insurance Pro.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Isuzu Insurance Pro, hubungi pengedar sah Isuzu berdekatan atau layari https://aftersales.isuzu.net.my/isuzu-insurance-pro/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…