Isuzu Malaysia cari pemilik tegar trak pikap D-Max - hadiah bernilai RM15,000 menanti

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Isuzu Malaysia kini mencabar para pemilik trak pikap D-Max bagi membuktikan trak mereka tahan lasak di samping mampu mencapai penggunaan bahan api yang lebih cekap. 

Hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan berupa wang tunai bagi para pemilik Isuzu D-Max yang berjaya membuktikan keupayaan trak pikap mereka walaupun memiliki jarak perjalanan yang tinggi. 

Cabaran Super Mileage ini cukup mudah, anda hanya perlu menghantar maklumat peribadi dalam talian (menerusi QR code pada laman web Isuzu) sebelum 31 Julai dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM15,000. 

Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik persendirian ataupun korporat yang mencatatkan jarak perjalanan minimum 200,000 km. 
 


Pada hujung tempoh peraduan, pemilik yang mempunyai jumlah jarak penggunaan tertinggi akan membawa pulang hadiah bernilai lebih daripada RM38,888!

Senarai terma dan syarat peraduan boleh dirujuk pada laman web Isuzu Malaysia di https://isuzumalaysia.net atau laman Facebook Isuzu Malaysia untuk perincian lanjut berkenaan peraduan ini. 

Laman web berkenaan juga akan memaparkan pendahulu semasa peraduan Cabaran Super Mileage ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…