Isuzu Malaysia buka pusat pengedaran trak tugas sederhana, berat pertama di Malaysia Timur

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa syarikat baru-baru ini telah meraikan pembukaan rasmi pengedar sah trak tugas sederhana dan berat (atau MHD iaitu medium and heavy-duty truck) yang pertama di Malaysia Timur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terletak di Kuching, Sarawak, pengedar sah trak MHD yang dikenali sebagai Dai Max Automobile Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti (dalam kategori 3S). Pusat ini mudah dikunjungi pelanggan dan pemandu trak kerana lokasinya yang strategik, iaitu terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian.

Satu majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada 30 September baru-baru ini yang dihadiri oleh pengurus-pengurus kanan Isuzu Malaysia dan pengurus rakan pengedarnya, Dai Max Automobile Sdn Bhd.
 

 


Pusat pengedaran baharu itu memiliki keluasan mencecah 3,000 meter persegi dengan bengkelnya sahaja seluas 650 meter persegi.

Menurut Isuzu Malaysia, syarikat Dai Max Automobile Sdn Bhd telah mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan dan membina pusat pengedar sah ini. Ianya dibina berdasarkan kepada reka bentuk bengkel serta kemudahan terkini bagi memudahkan pergerakan trak untuk tujuan servis atau pembaikan.  

Selain daripada itu, terdapat tiga ruang tambahan untuk kenderaan komersial dan jentera tugas ringan, dua ruang ekstra bagi trak-trak MHD. Pusat ini juga mempunyai tempat letak kenderaan yang luas dan kemudahan fasiliti yang teratur serta efisien bagi trak yang menunggu giliran mereka untuk diperiksa.

Dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini Isuzu, alat ganti, pekerja terlatih dan juruteknik berkemahiran untuk mengenal pasti atau menyelesaikan apa jua masalah, pelanggan boleh mengurangkan masa henti kenderaan dengan minimum, dengan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi trak.  

 


Kemudahan seperti ruang rehat yang mesra keluarga, ruang solat serta snek dan minuman percuma turut disediakan untuk para pemandu trak, disamping menunggu dan menyiap-sedia untuk memulakan perjalanan sebaik sahaja trak siap diselenggara. 

Dengan pembukaan terbaharu ini, Isuzu Malaysia kini mempunyai 11 pengedar sah MHD dengan 10 daripadanya terletak di lokasi yang strategik di pelbagai negeri dalam Semenanjung Malaysia.  

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…