Isuzu Malaysia anjur sesi perjumpaan bersama pembina trak tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usahanya untuk mengembangkan lagi pasaran tempatan bagi rangkaian kenderaan komersial, Isuzu Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sesi perjumpaan istimewa bersama syarikat-syarikat pembina badan trak Isuzu, dari 13 hingga 14 April, bertempat di Ombak Villa di Langkawi, Kedah.

Sesi perjumpaan itu, yang dihadiri oleh seramai 21 pembina badan trak dari serata negeri, memberi peluang eksklusif untuk mendapatkian maklumat terkini mengenai kenderaan komersial Isuzu. Perjumpaan itu juga dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, dan Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Komersial, Mikio Tsukui, di samping wakil-wakil dari ibu pejabat Isuzu Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesi perjumpaan kali ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada Isuzu Malaysia untuk berhubung semula dengan rakan-rakan perniagaan mereka, malah menggalakkan sokongan yang berterusan dan kerjasama yang erat demi usaha untuk perkembangan pasaran di samping menekankan kaedah 'Isuzu Way' dalam memastikan tahap kepuasan pelanggan berada di tahap tertinggi. 





Sewaktu sesi dijalankan, pembina badan trak ini juga mendapat informasi terkini mengenai rangkaian produk-produk baharu dan juga yang telah sedia ada, selain dari pembentangan terperinci dan perkongsian maklumat mengenai model-model trak ELF, FORWARD dan GIGA. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Koji Nakamura, beliau amat gembira di atas perjumpaan tersebut yang membolehkan Isuzu Malaysia mengekalkan hubungan erat  dengan syarikat-syarikat pembina badan trak serta rakan-rakan perniagaan. 


Selain itu, perjumpaan kali ini menawarkan peluang untuk semua pihak berkolaborasi dan berkongsi maklumat tentang pengkhususan kenderaan komersial tersuai. Ini seiring dengan matlamat syarikat untuk menyediakan rangkaian kenderaan komersial yang menyeluruh, yang bersesuaian dengan pelbagai keperluan perdagangan dan industri.


 “Sebagai jenama trak paling laris di Malaysia, kejayaan yang diraih oleh Isuzu adalah berdasarkan reputasinya sebagai pengeluar trak yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan efisien. Untuk memastikan kedudukan kami sebagai jenama pilihan No. 1 dikekalkan, kami perlu memahami keperluan para pelanggan dengan lebih mendalam," ujar Nakamura. 


"Selain itu, melalui perhubungan erat dengan rakan-rakan perniagaan, kami ingin memastikan kenderaan komersial yang melalui proses modifikasi dan kelengkapan yang sesuai dapat digunakan untuk tujuan-tujuan yang telah disasarkan”, tambah beliau. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…