Isuzu lancar D-Max, D-Max Z-Prestige versi naik taraf

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar kenderaan jenama Isuzu di Malaysia, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. hari ini melancarkan Isuzu D-Max baharu versi naik taraf untuk kegunaan pasaran tempatan tahun ini.

Penambahbaikan tersebut merangkumi bahagian dalaman dan luaran lengkap tersedia dengan pilihan warna baru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, model D-Max berkenaan dinaik taraf mengikut keperluan pengguna supaya dapat diterima dengan baik pengguna di Malaysia.

"Penambahbaikan itu bagaimanapun dilakukan terhadap beberapa bahagian sahaja, kita masih mengekalkan nilai teras seperti kecekapan bahan bakar, ketahanan dan kemampuan.

"Untuk makluman, Isuzu D-Max Premium (varian 2.5L dan 3.0L) dan D-Max Z-Prestige kini didatangkan dengan sistem infotainmen lengkap disertakan bersama panel paparan lapan inci," katanya.

Jelas Masayuki, komponen tersebut digabungkan dengan fungsi navigasi (GPS), Smart Mirroring, Wi-Fi, sambungan USB, iPod, Bluetooth dan beberapa ciri lain.

Tambahnya, skrin tersebut kini lebih mesra pengguna dengan kewujudan paparan lokasi bilik pameran Isuzu bagi membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan mudah.

Tidak terhad di situ sahaja, Isuzu Malaysia turut menyediakan dulang kargo gelongsor sebagai ciri standard untuk varian D-Max Z-Prestige.

Bagi varian D-Max lain pula, pengguna diberi pilihan sama ada ingin memasangkan aksesori tersebut atau tidak.

Harus diketahui, dulang kargo berkenaan boleh dialihkan ke pintu belakang bagi membolehkan pengguna mengangkut barangan dengan lebih mudah.

Kehadiran fungsi tersebut sekali gus dilihat mengurangkan risiko berlaku kecederaan dan sakit belakang terutamanya ketika mengangkat beban, dekat kepada tubuh.

Menjengah ke ruang kabin, kusyen tempat duduk Isuzu D-Max Premium AT (3.0L) dan D-Max Z-Prestige dilihat memiliki rekaan baharu.

Rekaan kerusi berkenaan kelihatan sporty dengan adunan bentuk geometri segi empat tepat.

Sebagai permulaan, kedua-dua model pikap baharu Isuzu itu ditawarkan dengan pilihan warna baharu Ungu 'Cavalry Mica' bagi menggantikan warna Biru 'Nautilus Mica'.

Warna ini kelihatan kehitaman di bawah keadaan gelap sementara ungu gelap di bawah cahaya matahari.

Isuzu Malaysia meletakkan bayangan harga jualan asas serendah RM105,811 (termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran) seunit bagi kedua-dua varian tersebut.

Maklumat lanjut mengenai kenderaan tawaran Isuzu boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-1133 atau layari laman web rasmi mereka di www.isuzu.net.my/pickup/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…