Isuzu - jenama lori nombor satu Malaysia lapan kali berturut-turut!

oleh HEZERI SAMSURI|
Isuzu muncul sebagai trak komersil nombor satu Malaysia untuk lapan tahun berturut-turut. Untuk kategori trak tugas ringan (light duty truck) pula, Isuzu turut menjadi juara selama 12 tahun berturut-turut.

Jenama Jepun itu berjaya menjual sebanyak 4,808 unit trak komersil tahun lalu dan 4,545 unit trak tugas ringan terjual juga dalam tahun yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata ia adalah bukti Isuzu berjaya memanfaatkan peluang yang ada walaupun terpaksa mengharungi cabaran pandemik dan masalah kekurangan bahan mentah.

"Hubungan pengedar-pengedar Isuzu Malaysia yang rapat dengan pelanggan membolehkan kami mendapat gambaran tepat tentang situasi perniagaan mereka dan keperluan yang perlu wujud untuk menyelesaikan masalah mereka," terang Atsunori Murata, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia.

Sebelum ini, pengurusan Isuzu Malaysia memang kerap turun padang untuk berjumpa dengan pelanggan, pengedar, pembuat badan trak dan sebagainya.

Wabak Covid-19 memaksa mereka menukar cara itu kepada perjumpaan secara digital. Informasi pemasaran produk pula menggunakan video-video di YouTube, Facebook dan saluran media sosial yang lain.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, Isuzu Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik seperti bekerjasama dengan pengedar-pengedar dan membuka pusat baharu. 

Selain memperkenalkan inovasi produk baharu iaitu rangkaian model ELF dengan ciri Safety Plus yang menawarkan lebih kecekapan dan keselamatan, selain penghantaran trak tepat pada masanya kepada pelanggan.

Isuzu juga memastikan produk trak EF mereka turut boleh menggunakan bahanapi diesel sehingga B20 dengan selamat dan ini membantu meyakinkan pelanggan untuk menggunakan trak yang lebih cekap bahanapi.

Syabas Isuzu!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…