Isuzu Dura-Miles Challenge 2018 - pandu uji D-Max dan menang pakej percutian!

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia telah melancarkan kempen Isuzu Dura-Miles Challenge 2018 untuk membuktikan kepada umum tahap penjimatan bahan api yang ditawarkan oleh kenderaan jenama Isuzu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari 13 Ogos 2018 sehingga penghujung bulan ini (31 Oktober 2018), pertandingan ini merangkumi sesi pandu uji Isuzu D-Max bagi menentukan tahap penjimatan bahan api dan juga pertandingan gambar paling menarik terbuka kepada semua rakyat Malaysia. 

Pemenang akan ditentukan berdasarkan bacaan penggunaan bahan api yang paling menjimatkan dan berpeluang untuk merebut hadiah berupa pakej percutian bernilai RM3,000 diikuti hadiah baucer tunai bernilai RM1,000 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga. 

Selain daripada itu, peserta juga boleh menambah ganjaran hadiah berupa baucer tunai RM1,000 dengan menyertai pertandingan gambar yang paling kreatif, berkongsi menerusi laman media sosial dan menyertakan tag Isuzu Malaysia sebagai syarat utama penyertaan. 
 


Cara untuk menyertai Isuzu Dura-Miles Challenge 2018 adalah seperti berikut

1. Singgah ke mana-mana ruang pameran Isuzu yang terpilih untuk memandu uji Isuzu D-Max
2. Penasihat jualan Isuzu akan memberikan penerangan kepada peserta berkenaan jalan yang perlu dilalui dan prosedur yang sewajarnya sepanjang sesi pandu uji,
3. Hanya tiga bacaan penggunaan bahan api yang paling menjimatkan akan diumumkan sebagai pemenang.
4. Setelah selesai sesi pandu uji, ambil gambar dengan cara yang paling kreatif di booth Isuzu Photo Wall, muat naik di laman sosial Facebook dan Instagram termasuklah tanda pagar (hashtag) #isuzuduramiles di dalam penerangan gambar.
5. Setiap gambar perlu ditukar tetapan kepada umum dan disertakan tag daripada akaun rasmi Isuzu di:
Facebook: www.facebook.com/Isuzu.Dmax.Malaysia
Instagram: https://www.instagram.com/isuzumy
6. Peserta boleh memuat naik sebanyak mungkin gambar kreatif, namun setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah daripada sesi pandu uji dan/atau hadiah Isuzu Photo Wall.
7. Keputusan akan diumumkan selepas tamat tempoh pertandingan, dan keputusan hakim adalah muktamad.