Isuzu D-Max XTR Colour Edition, bampar depan garang lain macam!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Thailand sebagai hab pengeluaran pikap saiz sederhana sememangya istimewa. Negara itu mempunyai tawaran pikap yang pelbagai selain daripada pasaran dengan pelancaran global.

Sebagai contoh Isuzu D-Max baharu dilancarkan di Thailand dan setakat ini belum memasuki negara lain seperti United Kingdom.

Tidak mengapa kerana Isuzu UK sentiasa mempunyai idea menarik. Terbaru Isuzu UK melancarkan D-Max XTR Colour Edition.

D-Max XTR sudah berada di pasaran sejak 2019 dan tawaran terbaru ini lebih istimewa dengan skema warna baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Isuzu D-Max XTR Colour Edition

 

Pikap itu dilengkapi kit badan yang garang juga cuma kurang menyerlah dengan skema warna hitam Raptor sebelum ini.

Sekarang Isuzu menggunakan warna sama dengan badan untuk bampar, pelindung bonet, bingkai lampu dan arca roda yang berjaya menyerlahkan lagi rekaan yang agresif.

Bahagian lain seperti kelongsong lampu kabus dan gril kekal dengan warna hitam bagi mengekalkan identiti asal D-Max XTR.

 

Isuzu D-Max XTR Colour Edition

 

Sama seperti D-Max XTR standard, edisi Colour Edition dilengkapi roda aloi heavy duty 17 inci jenis deep dish. 

Roda berwarna hitam satin itu dipadan bersama tayar Pirelli Scorpion All-Terrain Plus .

Isuzu adalah pengeluar pertama yang menggunakan tayar jenis semua musim sebagai kelengkapan standard.

Tayar yang digunakan senyap di atas jalan biasa, sesuai untuk pemanduan harian dan boleh digunakan di atas pelbagai permukaan seperti batu, salji, lumpur, rumput dan pasir.

 

Isuzu D-Max XTR Colour Edition

 

D-Max XTR dipasang pemijak sisi jenis membulat yang direka bagi menghalang batu daripada merosakkan badan pikap dan warna hitam yang tahan calar.

Corak berbentuk potongan permata (lozenge) pada pemijak sisi berfungsi sebagai penapis lumpur, pasir dan salji

Bahagian belakang dilengkapi pikap ini dilengkapi spoiler, bingkai lampu dan bampar sama warna dengan badan

Dari belakang, Isuzu menggunakan warna hijau terang untuk suspensi dan bar anti oleng yang jelas boleh dilihat.

Brek cakera depan pula adalah jenis berprestasi untuk rasa yang lebih konsisten, tahan lama dengan perlindungan anti kakisan lebih baik. 

Pelapik brek jenis kevlar memberikan daya hentian lebih baik dan berkuasa.

 

Isuzu D-Max XTR Colour Edition

 

Cakera yang digunakan adalah jenis vented dan slotted dengan prestasi lebih baik dari segi pengalihan haba dan pembrekan.

Suspensi khas warna hijau terang adalah buatan Pedders dengan komponen yang dibina untuk kegunaan lasak.

Sesuai dengan kegunaan pelbagai, badan D-Max XTR mempunyai jarak kelegaan tanah 250mm dan lebih tinggi berbanding D-Max standard.

Bahagian dalam juga tidak kurang menarik dilengkapi kerusi dengan fungsi pemanas dan campuran balutan kulit, suede dan kulit gentian karbon.

 

Isuzu D-Max XTR Colour Edition

 

Stereng pula ala kereta sport berbentuk D yang dibalut kulit dan suede dengan sulaman hijau.

Isuzu D-Max XTR ditawarkan dala empat warna iaitu Splash White, Titanium Silver Met, Obsidian Grey Mica dan Cosmic Black Mica dengan setiap satu dikeluarkan dalam jumlah terhad. 

Isuzu belum mendedahkan harga rasmi pikap ini dan sebagai rujukan, D-Max XTR standard dijual pada GBP33,999 semasa diperkenalkan tahun lalu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin