Isuzu D-Max X-Terrain buat kemunculan di KL Fashion Week 2022

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu D-Max X-Terrain telah dijadikan sebagai kenderaan rasmi bagi acara KL Fashion Week (KLFW) untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertemakan "The Bigger, The Better", ia amat bersesuaian dengan imej yang ditampilkan oleh Isuzu D-Max generasi ketiga, di mana ia memperluaskan lagi dimensi pilihan bagi penggemar gaya hidup yang mahu mencari kelainan di luar kebiasaan bagi memenuhi minat dan keperluan mereka.

“Dengan rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya. Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif yang mengilhami ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Sebagai penaja Kenderaan Gaya Hidup Terulung untuk acara berkenaan, Isuzu D-Max X-Terrain mempamerkan identitinya yang tersendiri, suatu perkara yang telah menjadikannya sebuah kenderaan urban dengan daya tarikan tersendiri, lengkap dengan pelbagai kemampuan lain termasuk off-road.

Antara ciri menarik yang ada termasuklah sistem pemantauan keliling 360 darjah, pengecas peranti tanpa wayar, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem bantuan pemandu tercanggih.

Isuzu D-Max X-Terrain akan ditampilkan dalam acara KLFW tahun ini yang akan bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur. Tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain akan dipamerkan di pusat ibu kota — unit dalam warna Valencia Orange yang mewakili sisi kembara menyeronokkan; unit Onyx Black yang menonjolkan sisi premium dan gayanya; dan juga unit Silky Pearl White yang mencerminkan kompleksiti dan kepintarannya.

Temui kesemuanya di laluan pejalan kaki utama di   pusat Kuala Lumpur—satu di ruang legar air pancut Pavilion, satu di laluan penghubung ke Quivio dan satu lagi di seberang jalan di hadapan Fahrenheit.