Isuzu D-Max X-Terrain boleh bikin tauke kedai garu kepala!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga trak pikap Isuzu D-Max telah pun dilancarkan beberapa bulan yang lalu, di mana Isuzu Malaysia turut menawarkan versi tertinggi yang dinamakan sebagai Isuzu D-Max Terrain dengan pakej yang serba lengkap, dan harga yang lebih berpatutan berbanding pesaingnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun dengan pakej yang ditawarkan, ada sesetengah pihak yang sudah mula garu kepala.

Pening sebab Isuzu D-Max Terrain sebenarnya mampu membuatkan kebanyakan tauke-tauke kedai yang kami senaraikan di bawah ini buntu mencari pendapatan tambahan.

 

1. Bengkel


Isuzu D-Max generasi baharu datang dengan platform Dynamic Drive yang lebih kukuh, serta enjin yang terbukti berkuasa dan tahan lasak.

Spesifikasi kilang sahaja sudah cukup untuk menghamburkan kuasa setinggi 190 PS dan 450 Nm tanpa perlukan modifikasi lanjut, boleh menggunakan bahan api biodiesel B10 atau B20, ditambah pula dengan kotak gear yang tahan lasak.

Untuk masuk laluan off-road juga tiada masalah memandangkan Isuzu D-Max telah pun dipasang perlindungan bawah badan yang mampu mengelakkan enjin dan transmisi daripada terjejas.

Tidak cukup dengan itu, pihak Isuzu Malaysia turut memberikan jaminan selama TUJUH tahun dengan jarak perbatuan tanpa had!

Selain daripada itu, Izusu D-Max X-Terrain turut didatangkan dengan ciri keselamatan yang menyeluruh seperti Amaran Pelanggaran Hadapan, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Berhenti & Mula, dan banyak lagi yang mampu membuatkan pemanduan lebih selamat.

Dalam erti kata lain, kurang risiko untuk kemalangan, kurang juga kekerapan untuk menziarahi bengkel.

Namun, ada juga kebaikan buat para pemilik D-Max, di mana mereka tidak perlu kerap untuk ke pusat servis disebabkan reputasi D-Max itu sendiri yang sudah diketahui tahan lasak dan terbukti bertahun-tahun lamanya.

Kurang sentuhan dengan individu di pusat servis, kurang risiko mendapat jangkitan COVID-19. Satu situasi menang-menang, tidak begitu?

 

2. Kedai aksesori peranti pintar


Alat pemegang peranti pintar merupakan benda wajib yang dibeli oleh setiap pemilik kenderaan untuk meletakkan peranti pintar yang boleh bertindak sebagai alat navigasi.

Namun untuk pemilik Isuzu D-Max, benda ini sudah tidak menjadi satu kewajipan, memandangkan trak pikap X-Terrain ini sudah pun dilengkapi dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa memerlukan wayar yang berselirat!

 

3. Kedai aksesori kenderaan


Tiada keperluan untuk pemilik Isuzu D-Max X-Terrain menziarahi kedai-kedai sebegini memandangkan trak pikap ini sudah cukup lengkap dengan ciri seperti lampu utama bi-LED automatik, lampu belakang LED, serta lampu nyalaan siang yang nampak mewah.

Selain itu, D-Max X-Terrain juga turut hadir dengan keupayaan menghidupkan enjin jarak jauh, cermin pandang belakang auto kelam, bukaan pintu tailgate yang lebih mudah, serta bampar belakang yang didatangkan dengan warna badan.

Kalau dah cukup cantik, buat apa perlu hias berlebihan, ye tak?

 

4. Kedai aksesori 4x4


Pemilik kedai aksesori 4x4 juga kini pening kerana Isuzu D-Max X-Terrain kini didatangkan dengan keupayaan untuk meredah air sedalam 800 mm, dan ini bermakna untuk pemanduan off-road pemasangan snorkel adalah tidak diperlukan sama sekali.

Selain itu, bahagian bed belakang trak pikap ini telah pun didatangkan dengan tray atau dulang yang boleh ditarik bagi memudahkan anda mengambil barang tanpa perlu bersusah payah memanjat.

 

5. Kedai kemasan kulit


Satu perkara yang buatkan anda tersenyum gembira adalah rekaan ruang kabin Isuzu D-Max X-Terrain yang tidak memerlukan duit keluar dengan banyak.

Sebab apa? Dalam keadaan standard kilang, ia sudah pun hadir dengan kemasan kulit yang serba mewah pada tempat duduk, roda stereng serta tombol gear.

Lebih penting, penampilannya memang elegan dan tidak pula datang dalam warna hitam yang membosankan.

 

6. Kedai audio


Sistem infohibur yang didatangkan pada Isuzu D-Max X-Terrain juga bukanlah jenis cap ayam, skrin paparan sahaja sudah tersedia saiz sembilan inci terbesar di dalam kelasnya.

Selain daripada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, ia juga mampu menyokong USB, Bluetooth, WiFi, MirrorLink dan juga MiraCast.

Lebih penting, sistem audio sudah tersedia mantap dengan sistem bunyi keliling yang terdiri daripada lapan pembesar suara, termasuk sepasang pembesar suara yang boleh didapati pada bahagian siling!

Sudah serba lengkap, buat apa perlu ke kedai lagi, kan?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…