Isuzu D-Max Safir dari Arctic Trucks - ganas dan terhad!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena acara Commercial Vehicle Show 2019 di Birmingham, UK, Artic Trucks kini tampil dengan sebuah lagi model Isuzu D-Max talaan mereka edisi terhad, didatangkan dengan pelbagai modifikasi bagi menaikkan seri trak pikap dari Isuzu tersebut. 

Trak pikap D-Max Arctic Trucks AT35 Safir ini dibangunkan berdasarkan model Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Double Cab Automatic dan eksklusif kepada 10 orang pelanggan terpantas sahaja. 

 


Setiap satu unit didatangkan dengan layangan warna Sapphire Blue Mica (kini anda tahu dari mana datangnya nama Safir) serta penambahan aksesori off-road seperti sports bar perak, under guard aluminium, serta rim 17 inci yang dibaluti tayar off-road.

Untuk memberikan cahaya yang terang, dua set Lazer Light jenis LED dipasang pada bahagian bumbung dan juga bumper hadapan. 

 


Sentuhan Arctic Trucks juga turut menguasai ruang dalaman dengan tempat duduk balutan kulit dan disulami logo Arctic Trucks. 

Sistem audio trak pikap ini juga turut dinaik taraf, menerima peralatan seperti paparan skrin sesentuh bersaiz 9 inci, sembilan unit pembesar suara, subwoofer dan juga slot HDMI. 

 


Sistem pengecasan peranti pintar tanpa wayar juga menjadi aksesori standard serta sistem kamera hadapan bagi memudahkan penglihatan pemandu memantau kawasan hadapan yang biasanya menjadi lokasi titik buta pemandu. 

Harga bagi setiap satu unit trak pikap edisi terhad ini ditetapkan pada $58,500 atau RM241,520 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…